Pulau pangkor part 1

by - February 11, 2012

Assalamualaikum semua.

Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak ambik aku semalam petang.


Last weekend, aku dengan family sebelah ayah cuti-cuti Malaysia kat pulau. Alaaaaaa, bukan pula perhentian, pulau pinang, tapi pulau pangkor. ahaks. Jauh tak jauh, ada la lebih kurang 4 jam perjalanan nak sampai jeti Lumut tu. Dah sampai sana, kena tunggu beli tiket nak naik pi pulau pangkor. Eceh, masing-masing buat muka teruja tak sabar nak terjun kat pangkor, nak main lari-lari kat tepi pantai, dah terbayang dah macam mana la pangkor tu kan.




Sampai kat jeti, masing-masing sibuk angkat beg yang terlebih banyak, tangan sampai naik merah dah sebab tolong angkat akak sepupu punya beg. Adik aku yang wawan pulak tolong tolak wan aku, baik punya adik tapi alasan je tu tak nak angkat beg yang berat-berat. ceh!


Yelah, nama nak pergi pulau, tak lari la kan dari nak naik feri semua bagai. Mula-mula dalam kepala dah terbayang macam mana la rupa feri yang nak angkut kami yang sememangnya ramai kat jeti tu pergi pangkor, then dah 10 minit beratur panjang dan kebetulan cousin aku cakap feri dia buka besau punnnn. ohho, feri ke pangkor dah sampai! Mulalah kepala kata tak jadi la nak naik macam ni sambil hentak kaki mengada, tapi kena jugak naik sebab dah nak sampai pun. ahaks. For sure bagi orang yang macam aku ada rasa takut even nampak macam brutal je sebab tak pernah kot naik feri kecik yang boleh muat 200 orang dan jalan atas air. *saya takut air.


Sampai je kat jeti pangkor, mata terus terpandang benda yang berwarna pink ni. Wahhhh, kat pangkor guna van colour pink laaaaaa. *sambil buat muka teruja. Masa tu tak terfikir pun kena naik benda ni nak pergi Lyana Villa. Bajet konon naik kereta macam biasa, padahal atuk dengan wan je yang naik kereta. kih3. Sekali lagi buat muka berlagak sebab kena naik ramai-ramai dan bersempit dalam van ni. hoho. Mana ada sempit, mana ada teruk sangat van colour pink ni, sebenarnya okay je, aku tak tipu laaaa, bila naik sekali mesti nak naik 10 kali lagi :D

Sampai sana mulalah buat aktiviti masing-masing. Jom la tengok gambar je sebab tak larat nak taip dah.








Okay, tu semua hari pertama kami kat pangkor. Banyak lagi gambar tapi tak larat nak tunggu upload ni. ahaks. Kita sambung lagi nanti, see ya! 0_o

You May Also Like

0 comments