Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Dalam kenangan Arwah Wan

Assalamualaikum.


Salam Aidiladha semua.

Well.
Semua orang sambut hari raya aidiladha haritu kan. Alhamdulillah.

Even ada yang balik kampung, stay kat kolej, tetap rasa sambutan tu.
Wanie pun tak lepaskan peluang sambut hari raya aidiladha kat rumah. heee. Rumah dekat, tak sampai setengah jam pun dah sampai. So mana boleh nak raya kat u sorang-sorang. Roomate yang dok Kedah pun tahu nak balik kampung. :)


Pakcik makcik, saudara mara semua balik kampung.
Meriah tak meriah, tapi kira meriah la jugak kalau malam sebelum hari raya pun dah sibuk tolong mak kat dapur masak rendang ayam dengan daging. LOL. *bab makan memang no 1.
Pergi rumah atok kat sebelah rumah je, pergi rumah nenek yang tak berapa nak jauh. hee.
Maklumlah, kampung semua dekat, takde yang jauh macam orang lain T-T

Dalam semua suka-suka sambut raya, korban lembu kambing, ada benda yang tak jangka berlaku.

Dah sampai masa kita semua orang tetap akan pergi.
Cuma tak tahu bila masa kita.
Jodoh ajal maut semua di tangan Tuhan. Semua orang tahu kan.


Beberapa hari lepas hari raya korban.
Hari isnin jam 7.30 pagi, wan wanie dah takde. Pergi tinggalkan semua anak cucu cicit.

Sedih.
Wan wanie sakit tua, dah sampai masa dia nak tinggalkan kami.
Semua anak cucu terasa kehilangan.
Rumah atok sebelah rumah wanie je. Dulu bila arwah ada, selalu panggil nama adik wanie yang wawan tu.
Baru sehari, terngiang-ngiang suara wan panggil cucu dia, terngiang-ngiang wan panggil atok.
Tengok atok masa balik semalam, nampak cool je. Tapi kesian jugak kat atok sebab takde sape dah nak teman atok makan. Tinggal sorang takde teman nak borak bila duduk duduk kat luar rumah. hmm.

Masa hari arwah wan dah takde, buat pertama kali wanie nampak ayah menangis lepas bacakan surah Yassin untuk arwah. Betul-betul sedih bila tengok ayah. Nampak kental tapi sebenarnya sangat terasa kehilangan mak kandung sendiri yang dah takde.
Teringat masa ayah selalu puji arwah bila borak-borak, wan pandai masak, semua wan masak semua memang tiptop, wan masa muda-muda rajin masak kuih itu ini.
Bangganya ada seorang wan yang begitu hebat.
Masa arwah ada pun, dan masa tu arwah wan masih kuat, wan rajin buat kuih bahulu kemboja. Dah la pakai dapur kayu je, asap banyak, tapi wan tetap buat sebab dia rasa mampu. Sayangnya dulu wanie tak belajar dengan arwah betul-betul. :'(


Alhamdulillah.
Kami anak cucu cicit sempat sambut hari raya aidiladha dengan arwah walaupun masa tu wan tak boleh bukak mata dah.




Banyak kenangan dengan wan.
Ayah pesan, banyakkan doa untuk wan. InsyaAllah.
Al-Fatihah.

1 comment:

  1. )': my atuk pun meninggal before ry haji lg, so i feel you )': al fatihah utk wan

    ReplyDelete