Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Cuti mid sem, jadual final exam

Assalamualaikum semua.


Yay yay! Cuti mid semester menjelang.

Terlebih teruja sebab dapat duduk rehat kat rumah lama-lama. Alhamdulillah.
Start minggu ni, semua student ukm dah beransur balik ke kampung masing-masing. Termasuk wanie jugak. Cuti seminggu beb. Terasa heaven kot.

Bila dengar cuti je, memang hati kata seronok. Yang tak best tu bila lecturer dengan sengaja kata, "jumpa kelas next week ye." Kiteorang pun cakap la, "Dr, next week cuti mid sem laa."
Haaa, apa lagi. "Okay, lepas cuti hantar semua assignment yang saya bagi."
Apakah? T-T


Dah berkobar orang nak balik cuti tau, spoil pulak semua ssignment nih. Hailaaaa. Dah buat kira-kira, tambah tolak bahagi darab semua, ada la dalam 5 assignment kena buat. Ada kena hantar lepas cuti dan ada jugak before study week. Eh?

Okayy, wanie dah dapat jadual untuk final exam. Meh tengok. Punya cantik jadual wanie.



Okay, last paper 16hb jan. Pehhh, rasa bestnya. Tapi bila tengok je tarikh mula exam, alahai. Tak lama lagi je pun. Mana nak pergi majlis nikah akak sedara, macam wanie pulak nak nikah kan? hahah. Mana lagi nak siapkan segala assignment dan laporan yang bertangguh. Well.
Roomate pulak habis lambat sikit je, so dia dah kata kat wanie. "tunggu sampai zaty habis paper baru balik rumah tau wanie." Eh eh? Dah macam wanie guard dia pulak kat bilik ni kannn.


Cuti, wait for me k!

Final exam, be nice to me ya.

stress stress.
Study untuk mid test psikologi ni pun dah tunggang terbalik dalam bilik.

Fine, dengar cerita roomate. Dah banyak kes ragut sana sini. Halamak. Dah pandai dah orang luar masuk kawasan kolej dah, menyamar lagi tuh. sungguh, apakah manusia sekarang ni?
Mentang-mentang duit ptptn baru masuk, semua hekau nak ragut ye. Lempang kang.
Now, semua student sangat berhati-hati. Macam-macam kes pulak yang jadi. Memasing dah takut nak jalan sensorang pergi balik kelas. Bayangkan la, sorang peragut boleh merompak sekali 3 orang student. Hebak la tuh kan? Tu yang kena careful. May Allah bless us. :)


Semoga Allah permudahkan semua urusan hamba-Nya. InsyaAllah.
Solat takmo tinggal. Banyakkan doa.
 Jaga diri. Jaga hati. ihiks.

2 comments: