Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Teori Psikososial

Assalamualaikum and HI.


Mungkin wanie dah jadi pencinta teori. Mungkin.
Disebabkan manusia ni sering berubah angin, macam tu jugak wanie. Kalau dulu ai suka gila cinta mati hanya pada math/nombor, sekarang jatuh sayang pada teori pulak. haha. Lumrah manusia sukakan kelainan dalam hidup. Itu pun teori jugak kan? LOL.

Wanie tak nak lah sia-siakan apa yang wanie dah belajar atau tengah belajar. That's why wanie nak share salah satu teori yang wanie belajar. Baik tak? kehkeh. *puji diri sendiri memang sampai 7 hari 7 malam pun takpe.



Dalam Teori Psikososial Erik Erikson ada 8 stage:

Tahap 1 (semenjak lahir-1 tahun)
 #Percaya VS Tak Percaya
 Masa ni bayi sedang belajar untuk mempercayai penjaganya bagi mencapai keperluan melalui hubungan ibu dan anak. Latihan yang sesuai pada tahap ni adalah bagi makan.


Tahap 2 (2-3 tahun)
#Berdikari VS Malu
Kanak-kanak akan mula merasa dan mencari autonomi(berdikari). Mereka sedar bahawa mereka merupakan individu tersendiri dan berbeza dari ibu bapa. Bentuk autonomi yang boleh dilihat pada anak yang degil dan tunjuk sikap marah. Masa ni lah kanak-kanak mula membentuk identiti tersendiri. latihan yang sesuai adalah toilet training.


Tahap 3 (4-5 tahun)
#Inisiatif VS Rasa Bersalah
Perlu membenarkan kanak-kanak menempuh pengalaman, menunjuk rasa ingin tahu tentang semua perkara termasuk organ seks, bahasa, dan pelajari kemahiran baru. Latihan yang sesuai adalah pergerakan (bagi main)


Tahap 4 (6-baligh)
#Ketekunan VS Rendah Diri
Kanak-kanak belajar mengikut dan menghormati peraturan sedia ada. Menunjukkan sikap buat sesuati dengan baik, lebih tekun dan keiniginan untuk berjaya. Latihan yang sesuai adalah berkawan dan bermain.


Tahap 5 (Baligh-19 tahun)
#Identiti VS Kebingungan Peranan
Tahap ini adalah tahap keremajaan, penting untuk remaja mempunyai identiti diri dan mengelakkan diri dari sebarang kekeliruan identiti/peranan. Latihan yang sesuai adalah perkumpulan dengan rakan sebaya.


Tahap 6 (awal 20-lewat 20 tahun)
#Kemesraaan VS Pemencilan
Sudah mencapai identiti, bersedia mengadakan komitmen intimansi. Kurang pengaruh rakan sebaya dan minat dengan jantina lain. Latihan yang sesuai adalah percintaan dan perhubungan.


Tahap 7 (Ibu Bapa/30-50 tahun)
#Penghasilan VS Penghentian
Masa tahap ni dah samai alam kedewasaan. So tumpu kat krisis psikososial kepada penghasilan dalam kehidupan. Masa ni jugak lebih fokus kepada 'parenting', pekerjaan sendiri dan aktiviti. Latihan yang sesuai adalah menyumbang sesuatu kepada masyarakat.


Tahap 8 (50 dan ke atas)
#Integriti VS Putus Harap
Tahap ni dah berjaya tawan tugas psikososial dan berjaya mengharungi konflik pada setiap tahap sebelumnya. Masa ni dapat membentuk ego yang lebih baik. Walaubagaimanapun, jika satu/lebih krisis psikososial sebelumnya tak dapat dihadapi, indidvidu akan melihat diri dalam keadaa jijik dan berasa kehilangan. Latihan yang sesuai adalah memujuk dan menasihati mereka.



Sekali semua tahap wani bagi kann. ihiks. Tetiba ai rajin nak share something yang ai belajar sebab teori ni masa belajar tersangatlah menarik lepas tu lecturer kat depan sangatlah cantik. Ilmu yang kita belajar kita patut kongsi, mana lah tahu selama ni korang tak tahu wujudnya benda alah ni kan. heee.


so korang berada kat tahap mana sekarang? Yeee, wanie kat tahap 6, so that's why asyik berangan nak kahwin je kot. eh? hahaha.



 Till the Adiosss. 

2 comments:

  1. ni mmg pelajar fokus kt dalam kelas ni..bgs2..hehe

    ReplyDelete
  2. Salam.
    nak promote Aura White murah.
    RM130 sahaja.
    free postage + 1 shaker + 2 Free Gift pilihan sendiri dari senarai.

    meh order meh
    contact diba 0127009100 :)

    ReplyDelete