Cousin's wedding

July 02, 2013

Assalamualaikum dan HI :)




Kat banner dorang tu ada masalah teknikal sebab tahun 3013. haha. Bukan ke patutnya 2013. Alahai.

Kalau nak diikutkan family sebelah ayah wanie ni memang payah sikit nak tengok majlis kahwin kahwin atau majlis yang besar. Nak tunggu akak dan abang sepupu kahwin pun kena mengira tahun bulan dan hari. So bila sekali je majlis ada, bukan kemain meriahnya sampaikan wanie turut rasa tempiasnya.


Bulan lepas telah pun berlangsung majlis kakak sepupu wanie dengan suami tercinta. hiks. Alhamdulillah. Dekat 2 tahun gitu bercinta dan akhirnya telah sah menjadi suami isteri. Awww kita jealous tau dengan orang yang kahwin ni. Masa tu lah jugak kita pun rasa nak kahwin cepat-cepat. kehkeh. Majlis pun berlangsung dengan hendak-Nya. Alhamdulillah :) Wanie pun tak kurang sibuk tolong apa yang patut. Ambik berkat. LOLs.


Antara kerja yang kita patut tolong. rajin kan kan?

Well, quite busy sebab pengantin tak cukup tangan nak handle semua sendiri. Adik beradik pun bukannya ramai so hari jumaat petang nak nikah, jumaat pagi baru settle semuanya. See, sangat lah tak cukup tangan yang membantu.

Majlis akad nikah berlangsung petang jumaat lepas waktu solat asar. Kakak sepupu wanie, Ateh bella selamat menjadi isteri kepada abang Mirul. Pak Lang yang nikahkan anak dia sendiri. 3 kali henjut tangan sebab nervous tau. Bak kata Pierre Andre kat Melodi haritu, berlakon dengan realiti lain sangat tau. Nebes dia hanya lelaki yang nak kahwin je paham. Nampak dah bukan senang nak nikah kahwin ni, banyak preparation kena buat dari segi mental and fizikal memasing.

Pengantin yang cantik.

Sah menjadi suami isteri :)

Antara hantaran dari pihak lelaki dan perempuan.

 adik sepupu dan makcik makcik yang comel. hiks.

Jumaat malam tu pulak ada majlis lagi. 2 hari satu malam hokayyy. haha. Malam tu pengantin dijulang. Tak tahu lah sape yang request pasal menjulang tu, wanie pun tak tahu kenapa pengantin tu nak dijulang bagai. Kita yang datang ni tengokkan saja laa.



Esok tu pulak hari sabtu, ni majlis resepsi lah kiranya. Buat kat Dewan Fasa 7, Presint 9 Putrajaya. Untuk yang kat dewan ni tema dia colour biru and pink. Masuk dewan je tengok pelamin dah teruja. Not bad. Pandai ateh Bella pilih colour untuk majlis dia. Me is jealous hokayy sebab rasa colour tu sweet sangat. >.<


Untuk family sebelah perempuan, kitaorang kena pakai baju colour purple. Tak kisah baju ape pun asalkan ada colour purple. Cantik. Wanie pun siap beli kain lepas tu tempah baju. Tahun lepas baru buat baju, haritu buat baju lagi. Nanti raya tak payah dah nak buat/beli baju raya banyak-banyak sebab baju yang ni pun baru pakai sekali dua je. Kita hidup ni toksah membazir yee. Allah tak suka.


Hari sabtu tu pun sebelum pengantin masuk dewan, dijulang jugak. Tak paham lah kan kenapa. Tanye mak, mak pun tak tahu. Pelik jugak. Kita tak pernah tengok pengantin camtu tau, sebab tu macam jakun sikit. ishhh. Nanti kahwin tak nak lah buat gituuu.





Bukan senang tau nak kahwin. Banyak benda kita kena buat and get ready. Dengan preparation yang kejap okay kejap tak okay. Banyak jugak lah wanie belajar bila tolong/tengok/pergi majlis orang camni. Nanti kita nak kahwin kita pun akan rasa benda yang sama. Nebes itu sudah pasti kannn. well, majlis berlangsung dengan meriah. Sampai petang jugak lah orang datang. Kawan dan saudara-mara jauh jauh pun datang jugak. Tapi wanie dalam pukul 3 camtu dah gerak balik Bangi sebab nak prepare untuk last paper final exam. heee.

By the way, tahniah untuk kedua pasangan ni. Semoga selamat berbahagia hingga ke akhir hayat, InsyaAllah (: Cepat-cepat dapat baby okayyy. kihkih. Lepas ni turn sape pulak? hiks.


Till then adioss!

You Might Also Like

3 comments

  1. comei2..nampak meriah..tahniah pd pasangan pengantin baru :D

    ReplyDelete
  2. wani orang banting zani :) hahaha

    ReplyDelete