Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Orang kata

Orang kata aku banyak cakap,
aku banyak cakap dengan orang yang aku kenal je sebenarnya.


Orang kata aku mula-mula jumpa sombong,
sedangkan aku tak kenal siapa mereka dan mereka dah buat tuduhan melulu,
tapi aku tak kisah sebab aku memang begitu.


Orang kata aku ni pendek rendah kemetot,
aku sedar aku mempunyai ketinggian 157cm je sedangkan orang lain tinggi-tinggi belaka,
tapi aku apa ada hal,
pendek-pendek aku pun berguna jugak dalam hidup mereka.


Orang kata aku degil kepala batu,
aku buat apa aku suka,
aku kata aku nak aku tetap nak,
tapi hakikatnya aku tak dapat nafikan yang aku memang degil.


Orang kata aku baik hati cepat kesian kat orang,
sebab mak ayah aku ajar buat baik kat orang lain,
tolong orang bantu orang,
hati aku kecik sangat sampai aku tak mampu tengok orang rasa susah,
bukan aku kaya dengan harta aku boleh tabur duit kat orang lain,
tak,
tapi dengan mendoakan kesejahteraan orang lain.


Orang kata aku ego,
siapa je yang takde ego?
sama ada tinggi atau rendah yang membezakan aku dan kau.


Orang kata aku gemuk,
aku tak kisah,
aku rasa aku sihat aku boleh buat kerja aku tak menyusahkan sesapa,
tapi orang tak tahu aku cukup makan sebenarnya.


Orang kata bila jerawat mula bertenggek kat muka maka suka berangan,
orang tu tak tahu ke tu salah hormon manusia yang nak meningkat remaja?


Orang kata dapat suami pendek murah rezeki,
habis kalau dapat aku yang pendek ni camne?
murah rezeki suami aku nanti agaknya.


Orang kata susah susah dahulu baru senang kemudian,
mak ayah aku ajar aku bersusah dulu,
betul,
lepas tu baru kau cari kesenangan kau sendiri,
bukan tahu meminta-minta,
tapi usaha.

sebab tu orang selalu kata, jadi diri sendiri tu lebih baik dari nak jadi orang lain.
nak jadikan role model takpe,
asalkan tahu nak nak ikut yang mana,
ingat,
bukan senang nak jadi baik macam yang orang suka tapi senang je nak jadi jahat macam yang orang tak suka.


Terima kasih sudi baca.
Assalamuaikum :)


2 comments:

  1. tak kesah lar apa orang nak cakap kan..hehe
    just be urself...heee

    salam perkenalan =D

    ReplyDelete
  2. Orang kata dapat suami pendek murah rezeki,
    habis kalau dapat aku yang pendek ni camne?
    murah rezeki suami aku nanti agaknya.

    ko cr la suami lg pendek dr ko..

    ReplyDelete