Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Le friends

Assalamualaikum :)


Raya haritu tak sempat nak raya ramai-ramai dengan kawan. Tak macam tahun lepas dah plan awal-awal nak raya sama pergi serbu rumah yang lain. Last year seronok sikit sebab jumpa kawan-kawan kelas form 4 and form 5. For sure meriah lagi kannn. Disebabkan kekangan masa dan cuti yang pendek, plan hape pun tak menjadi.


Cuti budak degree mungkin lebih lah sikit kan, 2 bulan bertapa duduk rumah kekdahnya tak cukup nak raya sama-sama. Ceghitanyaa kawan-kawan yang sekarang tengah kat poli and uitm semua dah siap balik awal-awal. Jadi plan apa pun tak guna. Raya dengan girlfriends yang hado sajoo.


Ni semua kawan sekolah rendah. Tak rapat pun sebenarnya masa sekolah rendah. Dulu wani kawan dengan budak pandai je, ahak. Kira I ni kategori memilih kawan jugak -.- Ekceli sebab I kelas atas kategori cikgu sekolah target I dapat 5A UPSR, lepas tu kawan pun dengan orang yang sama kelas je lah. Nampak tak kesombongan I kat situ? Aah jujur I kata, geng dengan yang pandai-pandai je. Gila sombong korang nampak? heee. Cito lamo tu tak usah la ekau dok konang. teheee. Naik sekolah menengah sebab form 2 baru masuk sekolah sini I tercampak masuk kelas keempat. Masa tu lah dok bergaul beramah mesra dengan budak budak ni. Kejamnya haku dulu T-T


Sebab tu Afika pernah cakap dengan kawan sekolah menengah yang wani ni dulu kawan dengan budak pandai sajoo. ehek. kadang-kadang malu jugak sebab iye lahhh dah kita dok memilih sangat kan. Tak baik tak baik sangat wani ni, jangan lah jadi ikutan adik-adik.


Okay balik kepada ceghita raya, wani ikut je ke mana dorang pergi sebab bukan wani pun yang drive. Wani lesen pun takde, bawak kereta pun tak pernah, cemana ceghitanya nak drive kannnss. kiranya cuti sem kali ni wani banyak dating dengan girlfriends sajoo. Boyfriend I terpaksa tolak ketepi. ekekeke




Tak paham lah sama ada kitaorang pergi raya kat rumah orang atau kat KFC sebenarnya -.- miahaha


Maklumlah kan sebab cuti 2 bulan terlebih-lebih sampai rasa complete gila cuti kali ni. muahahaha. Sikit-sikit ajak keluar berbuka sama, kejap-kejap ajak makan McD sesama, kejap-kejap nak gi raya sama-sama sambil keluar dating even nak pergi beli barang pun ajak tau. Alolo manisnya hidup berkawan ni kan. Siapa tak sayang kawan kalau dah ke mana sajaaa mereka ajak kita.

Banyak habiskan masa bersama sebab afika, one of my friend nak sambung degree kat oversea. Over the sea lah kan kalau dah kat sarawak. ihik Selamat menempuh alam ke'universiti' yang memang sangat berbeza dengan alam sekolah afika :D

Lepas tu ada malam tu mereka ni serbu rumah iolls. Kemain meriah dalam rumah iolls dengan gelak pontianak masing-masing. kikiki. Seriously, memang moments yang takkan lupa lepas ni. Sebab macam izan dulu form 4 je dah pindah sekolah teknik, terpisah jugak lah. Tup tup tahun ni jadi rapat pulak. Sebab tu lah kadang-kadang dalam berkawan ni kita jangan terlalu memilih. Kita tak sangka kita boleh rapat dengan orang yang memang kita tak sangka. Macam wani lah, dulu geng lain sekarang lain. Tak lah, sekarang ni dengan semua orang wani kawan sebab berkawan tu biar lah berjuta juta sebab susah nak cari kawan yang ada bila kita sedih. kau mampu? ahaha



Sekarang masing-masing dah balik ke tempat asal. Asal sangat kannn. Cuti dah habis so dah terpisah sekejap. Takpee nanti cuti lagi kita jumpa lagi k. Selamat belajar dan selamat berpraktikal.

 Persahabatan tu akan lebih indah jika kita tahu bagaimana untuk mencorakkannya dengan cantik. 


Till then.


Semua gambar diambil dari afika.

2 comments: