Posts

Showing posts from March, 2014

Coursemates

Dah masuk tahun dua dan bermakna dah masuk semester 4. Sekarang ni pun hampir separuh sem dah ni. 
T.T
Rasa macam terlalu cepat masa berlalu.  Serius.
Dan dah dua tahun jugak aku berkawan dengan coursemates/classmates sendiri. 
Dulu masa mula-mula duduk sekelas hari pertama semua malu kan, sekarang ni dalam kelas pun tak kisah kalau nak menjerit panggil nama. Heh aku le tuu. Dah dua tahun ni baru lah ada coursemates yang dok ungkit macam mana perangai masing-masing dulu bila belum kenal rapat. Tergelak sendiri bila dorang cakap itu ini.

"Wani dulu berlagak gila, sombong pulak tu."
"Wani dulu mana nak kawan dengan akak ni."
"Kau ni wani asyik kawan dengan Tikah je."

Lepas tu mula lah nak nafikan benda-benda tu kan. Konon tak buat camtu padahal memang perangai sebegitu rupa. Kehkehkeh.
"Wani mana ada camtu, wani kawan dengan semua orang." kata-kata nak tutup rasa malu.

Hakikatnya memang macam tu lah nampaknya sebab bukan aku sorang je yang kena. Oran…

Trip ke Tasik Chini part 2

Image
Hari pertama dah habis cerita, sambung pulak untuk hari kedua dan ketiga.

Kitaorang tidur kat kuarters guru Felda Chini.
Macam biasa sebab satu rumah tu dimuatkan dengan 18 orang lebih dan kurang camtu, terpaksa lah bangun awal pagi dalam pukul 5 sebab tak nak berebut mandi. haha.

Siap segala-galanya, pukul 7.30 pagi dah keluar rumah tunggu bas kat tepi jalan.

Gigih kitaorang tunggu bas awal pagi kat tepi jalan dan tak tahu kenapa Arif boleh terselit kat pokok tu? -_-

Aku syak semua orang tak sabar nak buat tugasan masing-masing.
Syak je k. hehe

Permulaan untuk tugasan pertama ni memang sedikit mencabar. Bagi aku lah.

T.T

Kena jalan dalam group then pergi setiap rumah dalam kampung untuk buat bancian.
Mula-mula group aku dalam Kampung Gumum je. Boleh tahan lagi sebab jalan bersama 5 orang kann. Kalau tak plan awal nak pecah dua, dua orang pergi sana and tiga orang pergi sini. Memang tak lah.

Typical reason.

Takut anjing. heh.

Tapi seriously cakap memang aku penakut. Mungkin tak biasa …

Trip ke Tasik Chini part 1

Image
Program pertama untuk kitaorang satu kelas this semester.
This semester kitaorang ambik subjek Kerja Sosial Komuniti and for sure kena ada fieldwork.  Yayyyy!
Bila part kena fieldwork je terasa seronok sebab dapat keluar and buat kerja anddddd jumpa komuniti, tapi bukan senang macam orang lain fikir sebab banyak benda kena uruskan before sampai hari sebenar. Dah sem 4 dan ianya adalah benda biasa. heh. This time memang special sebab jumpa komuniti orang asli kat sana.


Program ni 3 hari 2 malam and this is our first trip. Okay sebab ada second trip this April.  Pengsan! hehe
Untuk first trip ni kitaorang hanya buat pemetaan aset/bancian kat sana. 
Jumaat pagi lagi kitaorang dah gerak dari UKM. Bangun subuh tak tidur balik dah. Yelah, kejap lagi tertinggal bas susah pulak. Dr Sam dah pesan, siapa lambat dan tertinggal bas kena pandai-pandai cari bas pergi sana dan mesti sampai sana jugak.


Bas gerak dalam pukul 8 lebih macam tu. Nampak lah muka masing-masing macam rasa excited or mungki…