Posts

Showing posts from May, 2014

Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini (part 2)

Image
Hari kedua adalah hari yang dinanti-nanti oleh semua orang termasuk komuniti kat Tasik Chini.
Awal pagi lagi kitaorang dah bangun nak mandi dan siap semua sebab pukul 6.30 pagi kitaorang dah kena turun bawah untuk berkumpul. Masa tu bas pun dah tunggu nak bawa kitaorang masuk kampung. Maka masa awal pagi tu adalah sesi di mana kitaorang beratur nak mandi. Satu rumah ada lebih kurang 15 orang macam tu, bilik air ada dua je, boleh imagine macam mana keadaan rumah pada waktu semua nak mandi? Hehehe so masa ni dapat lah flashback kenangan masa duduk asrama untuk cop cop 'lepas kau mandi, akupulak nak mandi tau.' K. hahaha. Kenangan sangat.

Seperti yang dijanjikan, 6.30 pagi je masing-masing dah keluar rumah turun pergi kat bas. Masa ni belum ada rasa apa-apa lagi, turun dengan suka rianya macam nak pergi rombongan je. -.-
Suasana awal pagi kat padang.
Hanny tengah siapkan cenderamata hamper untuk pemenang hari tersebut.
Atikah tengah siapkan pembahagian cenderamata.
Kebetulan har…

Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini (part 1)

Image
Haritu kitaorang dah buat trip yang pertama ke Tasik Chini, Pekan Pahang. Masa trip yang pertama tu kitaorang cuma buat pemetaan aset/survey kat 5 buah kampung je sambil tengok-tengok suasana kampung tu sendiri. Tu untuk trip yang pertama.

9-10 Mei 2014 adalah trip kedua kitaorang ke Tasik Chini.
Alhamdulillah, kembali lagi ke Tasik Chini kali ni untuk buat aktiviti/program bersama komuniti kat sana. Sambil berprogram sambil kenal masyarakat, dekat dengan masyarakat and yes especially masyarakat Orang Asli Tasik Chini.
On our first day.
Macam biasa lah, bangun seawal pagi untuk siap-siap nak berkumpul kat Pusanika. Dah biasa kan jumaat takde kelas, bangun pun untuk solat subuh je lepas tu tidur balik, sekali bila ada program kena bangun awal macam ni memang mata nak taknak je bukak. Hahaha.

Dalam pukul 8 lebih macam tu kitaorang gerak dari UKM. Baru duduk dalam bas tak sampai setengah jam, bas dah berhenti kat RnR Nilai untuk breakfast. Ada lah mulut-mulut yang bising termasuk aku se…