Posts

Showing posts from June, 2014

Cuti Semester

Image
Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habis paper especially roomate sendiri. Menduga betul.
Study pun serupa macam dah tak study bila nak hujung-hujung. Paper kedua terakhir okay lagi, rajin sikit nak study, tapi bila untuk last paper semua ke laut. Semangat study hilang terbang melayang entah ke mana. Fikir nak balik rumah je T.T Yelah, orang lain dah sibuk packing barang nak bawak balik, aku tetap rileks macam takde hati nak balik. Padahal malas nak kemas barang. Hahaha.

Last paper aku tak tahu nak cakap macam mana. Boleh pulak soalan pertama tu soalan struktur tapi aku tak baca nota dia. Gila. Apa benda entah aku merepek kat kertas jawapan, lantak lah. Malas fikir lagi. 10 markah hilang macam tu je aku rasa. 
Keluar dari exam hall setengah jam awal. Kisahnya tak boleh tahan duduk lama-lama dalam tu sebab sakit kepala fikir jawapan. Kekekeke. Keluar exam hall pun senyum je macam boleh j…

Crush Cikgu Praktikal Sekolah

Dulu aku pernah putus cinta. Ehh macam engko tak pernah pulak kan? Haha. Biasa lah budak-budak, orang lain bercinta, engko pun nak bercinta. Sekali putus cinta kena tinggal padan muka. Macam tak biasa pulak kan.

Lepas putus cinta dulu aku dah tak pandang dah budak lelaki kat sekolah tu. Takde lah tipu je, pernah je aku pandang sikit-sikit tapi semua stok budak lelaki sekolah aku jenis suka perempuan cantik je. Aku ni takat nak kata comel tu boleh lah. Muahaha. Lagipun masa tu tengah frust lagi, jenis perempuan kalau tak frust lama-lama ni memang hati kental lah. Aku ni hati halus je, kena kutuk sikit nangis, kena maki sikit meraung, kena tolak naik basikal lepas tu jatuh je balik mengadu kat ayah, kira mudah tersentuh gituuu.
Masa sekolah ni pulak kebetulan ramai cikgu praktikal baru masuk. Mesti lah aku antara budak perempuan yang ambil kisah siapa cikgu praktikal tu sebab asyik tengok cikgu yang sama je kat sekolah, lepas tu cikgu-cikgu tetap kat sekolah pulak yang umur dah 30 an 4…

Family Day Social Work 2014

Image
Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaorang enjoy. Family day ni kitaorang buat minggu sebelum study week, minggu ke 13 kuliah kalau tak silap, kalau silap pun buat-buat betul je lah. 

Waktu family day ni memang tak ramai yang datang. Mungkin faktor busy siapkan assignment atau tidur tak bangun-bangun atau dorang dah sibuk balik kampung sebab dah nak dekat study week atau malas nak turun atau dorang terlupa. Muahaha banyak lah aku punya atau atau kan -.-
Gigih bangun pagi sabtu. Kalau tak, bangun subuh lepas tu tidur balik. Biasa lah waktu hari cuti memang macam tu. Hari sabtu ahad lah hari pemalas nak bangun cepat-cepat sebab takde apa nak buat.
Ini Natrah dengan Kak Hazim. Natrah saja nak lentik badan konon comel ke cemana. Haha.
Atikah tunjuk roti sebab dia lapar pagi tu, lepas dapat roti dengan air terus dia happy semacam.
Tengok lah budak berdua kat bawah tu. Tak tahan panas katanya…

Exam week

Hye.
Kat UKM final exam dah start 9hb, U lain aku tak tahu lah macam mana sebab ada yang awal ada yang lambat. Apa yang penting budak degree memang tengah/akan sibuk dengan final exam.
Paper aku start 9 Jun dan akan habis 24 Jun nanti. Tak payah terkejut sangat sebab dari sem 1 lagi paper aku selalu macam tu. Mula bukan main awal tapi habis lebih kurang je lambat dengan budak lain. Benci betul. Suka bagi gap panjang konon nak bagi masa kitaorang study ke apa pun tak sure lah tapi kalau boleh nak cepat habis tak nak sakit kepala dengan final ni. Serius tak tipu. Bila gap panjang tu lagi lah tension nak study kannn.
Bila compare jadual aku dengan Farhan, memang dia punya subjek final exam sentiasa sikit dan akan habis lagi awal dari aku. Dari aku masuk u sampai dah masuk sem 4 ni memang macam tu je graf dia, tak pernah nak berubah langsung bagi paper aku habis dulu. Hahaha. Sakit hati ni kadang-kadang sebab tak puas hati. Dia tu budak engineering tapi paper kemain sikit lepas tu habis …

Study week

Minggu lepas 1 Jun abang sepupu aku bertunang. Pecah rekod dalam sejarah hidup, aku tak balik rumah untuk majlis yang melibatkan family aku. Pehh tetiba rasa macam bangga. Hehehe. Aku ni nama je belajar dekat kan tapi tak reti nak balik.
Mak call tanya memang tak nak balik ke? Ye mak, memang tak nak. Wani nak study sikit ni sebab nak final exam. *ayat tak tahan poyo gila*
Takpe lah, kalau aku tak pergi pun takdenya majlis tunang tu kena tunda ke apa kan, tetap jalan jugak. Nanti Abang Mie nikah kahwin aku pergi lah. Itu memang wajib. Macam tak lengkap je majlis kahwin kalau takde aku. Hihi. Dengar-dengar paling awal Abang Mie nak nikah bulan November ni, paling lambat pun bulan Januari tahun depan. Wuu aku yang dengar pun excited sekali. Maklumlah, family belah ayah aku ni memang jarang nak ada majlis kahwin besar macam ni. Sekarang semua dah besar-besar macam every year je akan ada majlis kahwin. Hahaha.

Sebenarnya study week dah mula, so aku dengan cita-cita yang tinggi tak nak bal…