Crush Cikgu Praktikal Sekolah

June 20, 2014


Dulu aku pernah putus cinta. Ehh macam engko tak pernah pulak kan? Haha. Biasa lah budak-budak, orang lain bercinta, engko pun nak bercinta. Sekali putus cinta kena tinggal padan muka. Macam tak biasa pulak kan.


Lepas putus cinta dulu aku dah tak pandang dah budak lelaki kat sekolah tu. Takde lah tipu je, pernah je aku pandang sikit-sikit tapi semua stok budak lelaki sekolah aku jenis suka perempuan cantik je. Aku ni takat nak kata comel tu boleh lah. Muahaha. Lagipun masa tu tengah frust lagi, jenis perempuan kalau tak frust lama-lama ni memang hati kental lah. Aku ni hati halus je, kena kutuk sikit nangis, kena maki sikit meraung, kena tolak naik basikal lepas tu jatuh je balik mengadu kat ayah, kira mudah tersentuh gituuu.

Masa sekolah ni pulak kebetulan ramai cikgu praktikal baru masuk. Mesti lah aku antara budak perempuan yang ambil kisah siapa cikgu praktikal tu sebab asyik tengok cikgu yang sama je kat sekolah, lepas tu cikgu-cikgu tetap kat sekolah pulak yang umur dah 30 an 40 an kan. Nak jugak merasa cikgu muda ajar. Kejam gila statement aku. Peduli apa, masa tu jiwa remaja lagi. Sekali tengok-tengok ada lah aku tersangkut kat sorang cikgu praktikal ni. Nak kata handsome tu takde lah cuma sedap je mata aku ni memandang, sweet sweet je muka dia. Hihihi.

Aku kan baru putus cinta, aku frust pun tak habis lagi sebenarnya masa tu. Macam orang bercerai tu kan ada  tempoh eddah 3 bulan, so aku pun lebih kurang macam tu lah. Ececeh nak samakan dengan orang bercerai, lupa diri umur baru 17 tahun masa tu. Maklumlah form 5 kan baru belajar bab nikah kahwin. Lol haha.

Lepas tu entah macam mana aku tak ingat, aku boleh tergila-gilakan cikgu praktikal tu. Aku rasa kalau kawan sekolah aku baca benda ni mesti diorang tahu siapa, lepas tu gelakkan aku. Okfine biar lah, pedulikan. Bermulalah babak kejap-kejap keluar kelas alasan nak pergi tandas padahal saja nak jalan-jalan kot nanti boleh terserempak dengan cikgu praktikal tu, selisih dengan cikgu praktikal boleh senyum kat dia lepas tu bagi salam. Lepas tu dalam hati, 'Omg, cikgu tu senyum kat aku balik'. Terus hati berbunga-bunga, sambil jalan balik kelas pun tersengih sorang-sorang sampai lah duduk kat kerusi. Budak sekolah sangat kan -.- Lagipun aku ni penolong ketua kelas, setiap pagi lepas masuk kelas kena check attendance lepas tu hantar kat guru kelas. Masa ni mata aku pun melilau kot lah ada cikgu praktikal tu, semangat sikit aku nak belajar kat kelas nanti. Hahaha motif sangat kan.


Biasanya cikgu yang praktikal kat sekolah ni 3 bulan je, so dalam tempoh 3 bulan tu lah aku try nak rapat dengan cikgu tu. Aku ni dari jadi orang frust putus cinta dah okay sikit dah bila nampak cikgu muka sweet lepas tu cakap pun nak sweet je. Engko kalau dah suka dia, semua benda engko rasa sweet. Haha.


Cikgu ni naik motor pergi sekolah. Setiap pagi ayah aku hantar kat pintu pagar sekolah, dari jauh aku tengok tempat letak basikal dengan motor so that aku tahu lah cikgu ni datang sekolah ke tak and boleh standby tawaf satu sekolah waktu kelas nanti. Kahkahkah. Masa ni dah tahu dah dia naik motor apa, motor warna apa, jenis macam mana, ahh semua benda aku tahu. Sampaikan kemeja yang dia pakai setiap hari aku dah boleh hafal okay. Cikgu tu ada 4 kemeja je dan warna tu je lah yang dia tukar setiap minggu, cuma hari jumaat dia akan pakai baju melayu. Eeee gila punya perempuan, semua benda engko perhati kan.

Nak dijadikan cerita, lama-lama aku dengan cikgu tu dah kenal antara satu sama lain. Kiranya tak sia-sia lah usaha aku selama ni. Hahaha. Cikgu ni jenis peramah, melayan je pelajar dia. Mungkin faktor umur yang muda dan faham jiwa remaja. Agaknyalah. Makin lama makin aku kenal rapat cikgu praktikal tu. Kebetulan cikgu praktikal ni cikgu kaunseling, aku kan baru putus cinta, so aku pernah lah buat kaunseling dengan dia. Entah lah, aku rasa malu pulak bila ingat balik macam mana sesi kaunseling dengan dia. Rasa nak pitam bila ingat balik weh, ada ke aku pergi jumpa cikgu lelaki nak cerita kisah putus cinta aku. Gila, kerja gila betul.


Perasaan suka tu makin hari makin banyak. Aku tak tahu aku suka macam mana, suka mengada-ngada je aku rasa, macam orang kurang kasih sayang. Biasa lah, aku kan baru kena tinggal so kurang perhatian. *please muntah bila baca ayat ni* hahaha. Mak ayah hantar pergi sekolah suruh belajar tapi engko menggedik dengan cikgu praktikal ye wani. T.T Tapi aku takde lah confess kat dia ke apa yang aku minat dia, dah nama pun crush kan. Minat dalam diam je.


Sampai lah satu hari tu aku dengan kawan-kawan aku tengah borak dengan cikgu praktikal ni, tetiba terbuka cerita pasal family dia. Okay baru cerita pasal family kan, entah macam mana cikgu ni cerita pasal girlfriend dia pulak. Aku dengar je, aku perhati je cikgu ni cerita. Sesungguhnya dalam hati hanya aku je yang tahu. Pecah berderai macam kaca, sekali lagi aku dikecewakan. Okay over sangat. Padahal aku takde pun rasa dikecewakan ke sedih ke apa, sebab aku je yang minat dia, dia elok je layan aku macam student dia. Muahahaha. Menyampah betul. Nasib aku tak confess kat cikgu tu, kalau tak buat malu diri sendiri je.

Tak lama lepas tu cikgu tu dah habis praktikal kat sekolah aku. Sampai kat situ je lah episode aku ada crush cikgu praktikal. Mula-mula rasa macam tak best dah nak datang sekolah. Yelah kan, kalau sebelum ni bukan main aku semangat tak nak ponteng sekolah semata nak tengok cikgu tu tiap hari. Kekeke. Nasib baik sempat ambik gambar dengan dia, cuci gambar aku dengan dia lepas tu tampal kat dalam almari. Bila buka almari je nampak cikgu tu. Muahahaha sengalnya aku ni dulu. Perangai tak senonoh langsung aku ni. 



Bila aku ingat balik benda-benda macam ni buat aku tergelak sendiri. Kesian bakal mak mertua aku nanti dapat bakal menantu macam ni. 

Till then.

You Might Also Like

5 comments

  1. whoaa tahap dasyat dia punya crush nih. haha tapi sape je yang takde crush kat cikgu kn zaman sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bila fikir balik ingat balik macam teruk sangat je.

      Delete
  2. Hahahahahahahaha wanie ! hahahaha serius lawak bila teringat balik cerita kau nie hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tahu kau akan gelak bila baca ni. Aku dah agak dah Ekin hehehee. Kau diam ahhhhh. :p

      Delete