Posts

Showing posts from November, 2014

Tahun yang ke 8

Hai.

19 November 2014.

Sekejap je dah jadi dewasa. Sekejap je dah nak habis belajar. Sekejap je dah nak kerja. Sekejap je dah 8 tahun. What? 8 tahun? Heh.
Dari zaman sama-sama kurus macam lidi sampai sekarang sama-sama berisi dengan gembira dan dedikasi. Hahaha. Kalau dulu pipi cengkung, sekarang pipi dah tembam. Kalau dulu pakai baju saiz S, sekarang naik taraf saiz M. Kalau dulu selekeh, sekarang dah pandai pilih baju, dah pandai nak cantik nak handsome. Kalau dulu senyap sunyi, sekarang ketawa bercakap tak berhenti. Gituuu.

Gaduh dah jadi benda biasa. Kejap gaduh lepas tu baik, lepas tu sambung gaduh lepas tu baik balik. Kalau baik sepanjang masa pun boring, kalau gaduh lama-lama pulak nanti hati berpaling, maka perlu lah balance kedua-duanya. 

Orang ada kata, kawan lama-lama ni nanti tiba-tiba tak menjadi diri sendiri yang susah. Baik kenal sekejap then kahwin. Lepas kahwin baru lah kenal sedalam mana yang awak nak kenal. Betul lah tu, tak nafikan. Kadang tu pernah je terfikir ka…

Masa Depan

Hai.
Kadang tu aku tertanya-tanya apa agaknya yang akan jadi kat masa depan aku.

"Sempat tak nak grad tahun depan?" Sekarang dah start buat tesis. Tahun akhir katanya, kena lah sibuk dengan tesis. Nanti tak siap tesis tak boleh grad. Eh yeke? Yelah tu kot. Hahaha. Haritu takut LC tak cukup kredit tak boleh lah nak grad next year, sekarang dah cukup jadi tak payah fikir pasal LC. Tolong fikir pasal tesis dan naikkan pointer selagi boleh. Nak grad kan Wani? Okay.

"Sambung belajar lagi ke?" Benda ni puas aku fikir. Lebih dari seratus kali mungkin di mana sepatutnya aku gunakan fikiran aku untuk fikirkan tesis yang baru nak mula. Niat nak sambung tu ada, cuma aku fikir lepas habis degree ni aku nak kerja dulu. Cari pengalaman kerja. Eh, jangan nak kata aku ni tak fikir masa depan ye. Aku fikir, selalu aku fikir. Disebabkan aku selalu fikir jadi aku buat perancangan macam tu. InsyaAllah, ada rezeki Allah nak bagi aku sambung jauh lagi, aku akan sambung. Buat masa ni aku …