Posts

Showing posts from December, 2014

Study Week Sem 5

Image
Hai.
Aku rasa macam baru je daftar masuk kolej, rasa macam baru je nak jejak ke tahun 3, tapi hakikatnya dan realitinya dah satu sem habis untuk final year. Tinggal satu sem je lagi nak siapkan tesis, lepas tu 2 bulan LI (Latihan Industri), lepas tu grad, lepas tu kerja.

Sekarang tengah study week. Kemain cepat masa berlalu kan?
Masih ada assignment yang perlu dihantar. 2 lagi weh. Tapi hidup macam biasa, buat last minute, hantar last minute, semua benda nak last minute. Study untuk final entah bila. Heh. 
Macam biasa lah, study week dah mula tapi belum study apa-apa lagi. Luls. Penyakit malas tu tak payah cerita, memang sepanjang masa nak malasss je. Assignment yang tak siap-siap tu pun, ku paksakan diri jua untuk siapkan dan submit. Kalau tidak, memang sampai bila-bila tak buat. Engko gila? Markah tak dapat, pointer turun pulak nanti. 

Sem 5 ni ambil 6 subjek, tapi final untuk 5 subjek sahaja. 1 subjek tu takde final, memang 100 peratus ambil dari presentation dan assignment. Huwaa…

Workplace Readiness

Image
Hai.

Weekend adalah waktu rehat sepatutnya, tapi lately asyik busy dengan kerja dan program. Haritu weekend aku menghabiskan masa kat kem. Kem persediaan pelajar tahun 3 untuk kerja  nanti lepas habis belajar. Kem ni khas untuk semua pelajar tahun 3 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan anjuran HEJIM.
At first memang takde hati pun nak pergi. Bayangkan, jumaat sabtu ahad kena duduk kat Kem Bina Negara Bkt Cherakah, Meru Klang. Isnin pulak kena submit assignment. Assignment tak siap lagi, nak taknak memang kena pergi jugak. Kelam kabut hidup. Huwaaaaa. Takdenya aku duduk senang lenang, dalam kepala ni asyik fikir bila nak siapkan kerja, sempat ke nak siapkan ni, ahhh macam-macam dalam kepala.

Kakak-kakak coursemate yang sama pergi kem.
Sebelum naik bas, kitaorang kena isi borang dulu. 
Okay ni separuh dari satu course sebab yang lagi separuh dah pergi untuk sesi pertama.

Nak dijadikan cerita, naik bas ikut program/course masing-masing. Entah macam mana program Kerja Sosial kena naik ba…