Posts

Showing posts from April, 2015

Majlis Kahwin Abang Sepupu

Image
Hi.

Cerita dah nak basi, cerita nak dekat sebulan lepas dah ni. Heh.
Dua orang abang sepupu aku dah selamat mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Disebabkan dua-dua lelaki, maka pak ngah aku buat majlis sambut menantu sekaligus. Senang. Sorang dapat orang Banting dan sorang dapat orang Kuala Lipis.
Majlis sambut menantu ni buat kat rumah pak ngah which is kat Pekan, Pahang. Majlis hari sabtu 28hb Mac 2015.
Pagi-pagi lagi lepas solat subuh family aku dah gerak ke Pekan sebab perjalanan dari Banting ke Pekan tu ada lah lebih kurang 4-5 jam. Memang penat lah kalau pergi sehari je, nak drive tu ingat dekat ke? Nasib baik adik aku yang Shazwan tu boleh drive, so masa pergi Shazwan drive and balik dari Pekan tu ayah pulak drive.
Dalam pukul 12 tu dah sampai rumah pak ngah terus makan. Masing-masing lapar. Hahaha. Lepas tu masuk rumah tunggu pengantin sampai. Majlis sambut menantu ni simple je pak ngah dengan mak ngah buat. Pengantin sampai, pergi makan kat meja pengantin lepas tu layan t…

Drama sebabak sem akhir

Hi.
Sekarang tengah busy dengan banyak benda and lagi-lagi dengan tesis. Ye, tesis. Menangis lah kalau cakap pasal tesis. Dah habis week 7 dan tesis masih tunggang langgang. Macam mana nak grad ni? T.T

Sekarang tengah cuti midsem. Cuti okay. Baru balik rumah 3 hari, dah kena balik UKM balik sebab nak betulkan surat. Kalau tak fikir surat tu penting dan nak dapatkan kebenaran cepat, takde lah aku gigih duduk kolej yang sunyi sepi ni. Sobs. Habiskan sisa-sisa cuti yang ada kat sini je lah. Sedihnya.

Borang soal selidik belum edar lagi sebab JKM belum bagi kebenaran. I is sedih tau. Tengok coursemate ada yang dah siap edar lepas tu tinggal nak key in data je, yang aku ni masih terhegeh-hegeh nak edar borang. Penyelia dah ingatkan, bulan 5 nanti dah kena analyse data dan hantar report kat beliau. Sakit kepala fikir. Tapi bila fikir balik, itulah ujian/dugaan untuk diri sendiri. Moga jadi tabah. Hiks.

Tak termasuk dengan banyak assignment yang berbentuk program lagi. Sampai ke sudah fikir…