Posts

Showing posts from July, 2015

#Roadtoconvocation

Image
Hai.

25 Jun 2015 paper terakhir aku untuk sem akhir dan tahun akhir sebagai pelajar UKM. Cepat sangat masa berlalu, sekarang pun dah masuk bulan baru. Sekarang ni aku tengah duduk dalam office sebagai budak praktikal. Hiks. Alhamdulillah. Aku berjaya menjawab final exam dengan jayanya. *flip nota yang bertimbun tu*

Berhempas pulas aku study untuk exam walaupun hanya 3 subjek je. What? 3 subjek je? Eh, 3 subjek tu pun takde lah senang macam yang orang lain fikir okay.  Dalam sibuk study tu, aku sibuk jugak siapkan thesis aku. Well, life sebagai seorang pelajar ni kau perlu berkorban tanpa rasa semua benda kau kena buat tu sebagai beban sebab result akhir nanti kau mesti akan tersenyum dengan bangga. Bangga dengan hasil yang kau buat. Tidur tak cukup, sakit kepala tak payah cakap lah, menangis takut tak sempat siap dan sampai masuk fasa menggelarkan diri sendiri sebagai seorang zombie. LOL.
Seriously, final exam untuk final sem haritu aku study sangat last minute. Sangat! Kau bayangkan…

Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan

Image
Hai.

Plan nak pergi Menara Condong ni dah lama. Ajak ayah sepuluh kali kot, bulan lepas baru hajat tercapai. Kah. Itu pun tak sedar diri nak final exam, sempat lagi hoi nak pergi berjalan. Masa tu betul-betul baru siap thesis. Konon-konon nak lepaskan tekanan buat thesis. Hahaha. Plan ni pun macam last minute jugak sebab adik dua orang tu tengah cuti sekolah.
Kitaorang pilih Menara Condong sebab jarang sangat jalan-jalan ke belah utara nun. Asyik ke selatan je (Melaka dan Johor). Sesekali tu nak jugak lah pergi belah Perak walaupun hanya ke Menara Condong je. Heh.

Gerak awal pagi lepas solat subuh sebab ayah takut jalan jammed. Hari ahad tu betul-betul hari terakhir budak-budak cuti sekolah, so risau lah jalan jammed ke apa kan. Alhamdulillah jalan tak jammed. Lagipun kitaorang pergi sehari je. Pergi pagi balik petang.

Finally sampai sini jugak. Yayyy! Tolong lah, ni masuk dalam wishlist kot. Hehehe.
Sabrina, adik, mak and ayah. Tak pasti apa yang diorang tengok sampai semua nak teng…