Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly


Oh, cepatnya kau dah besar wani.

Mak selalu cakap aku lah yang paling degil paling lasak, paling suka nangis masa kecik, dan semua yang paling lah.

Aku nafikan semua tu sebab mak suka cerita kat orang. haha.
Tak kisah lah orang tu datang rumah ke, sedara ke, atau sesapa pun termasuk masa pergi kenduri kahwin tetap mak akan cerita bila datang bab budak kecik lasak dan aku ada depan mata.

'ni ha budak paling lasak masa kecik sampai jatuh tangga masa kenduri kahwin orang.'


-.-

Sikit-sikit aku tahu rasa malu bila makin besar makin tua, mak dok cerita kat orang kisah kening terbelah dan berjahit tu. Malu okay. Sebab masa tu aku akan rasa macam tak berguna betul aku masa kecik-kecik dulu. Sedih betul. Teruknya zaman budak kecik zaman hingus meleleh tak reti nak lap sendiri tu, teruk. kahkahkah.

Kejap lagi dapat suami, habis segala cerita lama mak bukak bagitahu kat suami aku. Masa tu lah baru suami aku sedar yang aku bukanlah seorang perempuan melayu terakhir yang diidam-idamkan selama ni. haha. Dan aku bukan lah seorang yang sopan mahupun baik melampau-lampau. Habis lah camni T-T jatuh saham separuh. Cisssss.


Belum lagi cerita betapa sukanya aku panjat pokok dulu-dulu.
hihi.

Harapnya nanti aku ada anak tidaklah dia mengikut perangai masa kecik aku tu.
Aku tahu kalau perangai tu muncul kat anak aku, mak akan cakap pulak,
'ni ikut perangai ibu dia lah ni.'

Confirm!

Lebih baik diikutnya perangai laki aku yang mungkin baik dan skema je masa kecik. :P
Mungkin lah.


Maka disebabkan dah makin membesar dengan jayanya, dengan penuh rasa riangnya walaupun paling lasak paling nakal dan paling dalam segala hal, umur pun dah 21 tahun. Tua sangat dah aku rasa sebab hilang belasan tu. Tak boleh nak terima kenapa cepat sangat masa ni, tapi nak tak nak kena lah redha dan pasrah dengan kenyataan tu kan.

Haritu duduk lah kitaorang satu family kat ruang tamu sambil borak-borak hal semasa dan sewaktu dengannya.
Yelah, orang kalau dah 21 ni kan memang akan jadi bahan atau topik hangat tak kira kat mana pun lagi-lagi bab kahwin =.= Adik aku pun datang lalu mencelah kata aku nak kahwin tahun depan. Bukan sekali dia suruh aku kahwin cepat, tapi dah dekat sepuluh kali jugak rasanya. Tak tahu lah apa masalah budak sorang tu sampai nak sangat aku kahwin awal-awal sedangkan aku tak cakap apa-apa pun.

Ayah pun balas kata-kata adik aku tu,

'Boleh je. Suruh lah lelaki tu masuk meminang sekarang, lepas tu tahun depan habis belajar boleh nikah terus. Cantik dah tu plan dia.'

Kau fikir apa aku fikir?
hihi
*tutup muka*


Tapi tu semua dalam mimpi je lah kalau nak ikut apa ayah aku cakap tu. Dalam mimpi okay.
Masa depan kita tak mungkin sama dengan orang lain sebab kita semua berbeza. Kita memang lah dah rancang sikit punya cantik lagi menarik, tapi semuanya dah pun ditentukan. Kalau dah memang belum sampai masanya, cakap lah NAK macam mana pun memang takkan menjadi.

21 tahun ni tak janjikan aku apa-apa.
Mungkin yang membezakan umur 21 dengan umur sebelum ni, aku rasa aku memang dah besar sangat.
Dah patut buat perangai matang sikit, cuba ubah perangai yang tak elok tu bagi elok sikit orang tengok dan untuk diri sendiri jugak kannn.


Biar pun ayah pernah kata,

'dah besar anak ayah ni, dah nak masuk 21 tahun pun.'

tapi aku tetap rasa aku masih budak kecik yang perlukan orang sekeliling aku.


Biar lah dah masuk umur 21 tahun pun, kau tetap kena hadap dengan banyak benda lagi dalam hidup kau.
Kita tengok tahun depan pulak apa yang jadi.

macam ni muka perempuan 21 tahun? k. haha.


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum =)



Rasa macam sekejap je dah habis sem 3.

Alhamdulillah, exam dah habis semua. Tak usah lah dikenang lagi paper yang entah betul entah tidak jawapannya. Harap lecturer mampu bagi markah kesian. hihik.


Lepas habis exam 15hb Januari haritu terus fikir pasal program OPKIM kat Batu Pahat.

Excited!
sebab dah lama tunggu nak join program tu.
dan sebab program ni program pertama yang aku join buat kat luar UKM dan selama beberapa hari. Lama okay.

Walaupun sebelum ni banyak je fieldwork aku pergi sana sini tapi yang ni special sikit. Special sebab ada banyak aktiviti kitaorang buat bersama especially dengan orang kampung and first time ever join program yang ada keluarga angkat ni. Heee.


Batu Pahat :)

Susah nak lupa pengalaman ni. Mungkin lain entry aku boleh tulis full story masa aku kat sana.

Habis program je balik rumah.
HOLIDAY.

Yayyyy! Siapa tak suka sebab time ni lah yang aku tunggu. Tunggu sebab dapat duduk rumah buat kerja rumah, tengok tv, online for 24 hours, belajar masak sikit-sikit, tidur banyak mana kau nak, tengok drama korea yang tertinggal sebelum ni dan banyak lagi lah.

Kiranya takde lah aku tahu membesarkan badan je cuti ni kan?

K. haha.

Diam tak diam cuti pun tinggal 2 minggu je lagi.
Cepatnya masa berlalu T-T rasanya baru je balik cuti, baru je habis exam kannn. Haihhh. Terlalu cepat jugak dah nak masuk sem 4, maksudnya tinggal 3 sem je lagi okay nak habis belajar. *juling mata*


Second year dah nak habis, boleh percaya tak?
Aku pun dok cakap dengan kawan aku yang 2015 nanti aku habis belajar, kau sedar tak yang tahun depan tu tahun 2015? kahkah.
Eh, 3 tahun je ke aku belajar kat UKM tu? pffttt. Kenapa kejap sangat ni? -.-

Yelah, dah masuk umur 21 tahun tetap tak sedar diri. Boleh kahwin dah kan? wiwiwiwi.

All is well.

Semoga semuanya dipermudahkan.


Till then.



nota kaki : Maaf atas penggunan kata ganti nama 'aku'. Rasa lebih gembira dan selesa macam tu. Sorry.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum semua.


Dah masuk tahun baru. Hai 2014 :)

Tahun 2013 dah tinggalkan kita and for sure banyak mengajar wani tentang macam-macam benda. Kenangan-kenangan untuk tahun lepas dah tersimpan jauh dalam hati.
Hmm hmm actually jauh tersimpan sampai tak tahu which is yang manis pahit masin masam. -.- haha tapi complete semua rasa ada kot.



  • ABADI 2013
As first year student wani kena join program kolej. Pengalaman untuk pertama kali handle dinner kolej orang kata.
Kena pulak dapat ajk untuk post kebudayaan, kebudayaan sangat tau wani ni =/ 
Budak u baru nak up baru nak belajar benda baru gituuu. 




  • Dinner Social Work
Disebabkan haritu dah handle dinner kolej, dinner kali ni wani datang sebagai tetamu yang memeriahkan malam tu walaupun bukan kitaorang yang dirai :p
Makanan malam tu semua sedap sehingga menjilat sudu dan garfu, suasana meriah and paling penting semuanya best!



  • Program bersama komuniti di Kuala Pilah
Kan wani dah cakap, banyak sangat pengalaman jadi student universiti ni. Yelah, walaupun busy mana tapi bila dah sampai harinya memang kita akan rasa lega. Tak kisah lah program tu okay atau tak.
Program pertama untuk course. =)
Lectuer bagi task and kitaorang yang menggerakkan semua kerja.
It was fun!



  • Fieldwork di Bentong, Pahang
First time ever wani keluar dari Selangor dengan kawan-kawan. No i mean yang ni lebih berdikari sebab everything kitaorang buat sendiri. 
Ihiks.
dan wani yang sangat jakun ni memang terlampau happy. see, pengalaman bertambah lagi.
Lagipun wani tak pernah masuk kawasan Felda and kampung orang asli yang pedalaman.



  • EDUFEST
Program ni yang paling latest, program forum yang wani join untuk tambah lagi pengalaman selain nak dapatkan LC. hihik. 
Heliza, Ustaz Haslin Bollywood, Ustaz Zaharuddin, Amin Idris undangan untuk forum ni.
:)
Dalam kita timba pengalaman nak handle macam-macam program, yang ni paling banyak bagi manfaat sebab dapat dengar live forum dari orang-orang yang hebat.


  • Program Pendidikan Dadah
Rasanya ni program paling latest untuk course. Berbentuk forum jugak.
Kitaorang jemput bekas penagih dadah and penolong pengarah Cure&Care dalam forum ni.
Program ni pun banyak manfaat and kitaorag dapat dengar sendiri pengalaman orang yang terjebak dalam kancah dadah. Bukan senang nak dengar live macam ni tau.
Part paling sedih bila orang yang cerita pengalaman dia tu menangis. T-T sejarah hitam, banyak ajar dia benda yang tak patut kita buat dan bagi pengajaran dalam hidup. 



  • Lawatan ke Cure&Care Sungai Besi
Benda paling biasa korang akan dengar dari budak kerja sosial macam wani ialah fieldwork, program itu program ini and lawatan. 
Pergi Cure&Care Sg Besi untuk buat temubual dengan mereka yang dalam pemulihan. 
Yes, ianya adalah assignment Wani. -.-
Pengalaman k. Tak semua orang mampu pergi sana and temubual secara langsung dengan sendirinya kat sana. 
Lucky me sebab ambil bidang kerja sosial. 



Rasa macam terlalu banyak benda Wani buat sepanjang 2013 dan sampai tak ingat apa lagi yang wani buat. 

Rasanya macam orang lain baca pun akan bosan sebab benda-benda yang tak menarik langsung kau buat wani -.- i know that.
Diri sendiri baca balik pun rasa nak muntah. 

Tapi itu lah pengalaman yang susah nak dapat.
Kat mana lagi nak abadikan nak simpan semua cerita kalau bukan kat sini and yes bila baca balik akan tergelak sendiri. 
Orang kata cari pengalaman sebanyak mungkin bila study kat u ni dan itu lah yang sedang wani buat sekarang. Dah masuk second year pun ni ha, tinggal setahun setengah je nak habis 3 tahun so mesti gunakan sebaik yang mungkin.

Family, kawan-kawan and lelaki idaman banyak support dalam apa juga yang wani buat.
Memang lah kadang-kadang perangai ni tak serupa perempuan but still ada kesayangan-kesayangan yang sentiasa bagi sokongan.
Terima kasih untuk mereka yang banyak sabar dengan wani.
=P


Tahun 2014 ni usia pun makin meningkat.
21 okay. Banyak benda nak kena fikir ni, 21 tahun tu bukan muda lagi sebab masa tu cepat je berlalu. Terlalu cepat sampai nak rasa nikmat umur 20 tu hilang kejap je. Tengok-tengok nanti nak kahwin dahh. Opsss. wakaka. Semoga wani jadi lebih matang dan pandai kawal emosi dan perasaan sendiri.
May Allah ease everything kesayangan. 

Sekarang tengah final exam. Wuuu good luck untuk mereka yang tengah exam jugak :)


Till then adioss.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ▼  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose