Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly


Alhamdulillah, dah selamat menjadi isteri orang. Honestly, sekarang pun macam tak percaya dah ada suami, teman makan bersama, gosip bersama, borak bersama dan bahagia bersama.


On 27th January 2018, we were officially husband and wife. Yay!


Dari kisah cinta monyet yang entah apa-apa hingga ke jinjang pelamin. Tak sangka dari 'pakwe makwe' lepas tu putus lepas tu baik lepas tu kawan lepas tu bercinta balik dan sekarang dah sah jadi suami isteri.

Kitaorang kenal dah lama, exactly 11 years ++ kalau ikut pengiraan. Just wow! Hahahaha. Kalau orang tanya macam mana kenal each other mesti susah sikit nak jawab sebab bukan belajar satu sekolah atau satu matrikulasi atau satu universiti. Selalu jawapan paling senang adalah, "hmmm kenal-kenal macam tu je lah, tetiba je dah kawan. hahahaha." -___-


So jom lah kita balik semula cerita dulu-dulu masa kenal.

Masa tu kita form 1 and yes masa tu budak-budak lagi, baru nak remaja tapi tu lah dah gatal. Farhan buat-buat missed call kita 2 3 kali. Mula-mula macam nak tak nak je layan sebab orang tak kenal kan, tapi sebab jiwa remaja baru nak up so kita layan je lah. Dulu whatsapp takde lagi, zaman myspace friendster lagi masa tu. Okay so dari situ lah kitaorang mesej-mesej tanya nama, umur and tiba-tiba eh dah jadi kawan lepas tu eh dah boyfriend. Hahahaha. Jenis gelojoh tak reti nak berkawan lama terus nak jadi boyfriend masa tu. Budak baru nak up katanya. Lol.

Actually, Farhan dapat nombor kita dari 'abang angkat' dan rupanya Farhan ni sepupu 'abang angkat' kita tu. So sekarang 'abang angkat' kita tu dah jadi sepupu kita juga. Hahaha. Thank you Abang Im, jasamu dikenang :)

Cinta monyet ni banyak main-main sebenarnya. Ala benda biasa kalau kejap putus lepas tu couple lepas tu putus terus tak nak kawan sampai bila-bila. Pernah je 2 tahun kitaorang macam lost contact (tak, sebenarnya sebab kitaorang putus lepas tu dia ada girlfriend baru so macam k dah jangan cari aku lagi), lepas tu entah macam mana contact balik masa kita baru nak sambung degree, sayang balik and bercinta balik. Hahahaha.


After 4 years bercinta bagai nak rak (no more cinta monyet), we decided we wanted to be with each other and spend the rest of our lives together.

We were engaged on 1st July 2017.
Bertunang tak lama. Ayah dah cakap, "tempoh bertunang ni tak perlu tetapkan, nanti ada duit terus kahwin."

Bersungguh kitaorang simpan duit nak kahwin dan paling bersungguh adalah Farhan sebab sama-sama baru habis degree, baru setahun kerja, baru nak bagi mak ayah duit sendiri dan baru nak simpan duit kahwin. The struggle was real masa tu. Kalau boleh tak nak bertunang lama sangat so I was like okay-let's-do-this-until-the-end-and-get-married-as-soon-as-possible. Kesungguhan Farhan tu paling buat kita macam terharu sangat sebab one of my wish list is nak kahwin sebelum umur 25 tahun dan dia berusaha nak jadikan benda tu kenyataan. So sweet.


Six months later, we were married. Alhamdulillah.



We are happily married for 1 month and 9 days.

Sekarang masih belajar jadi isteri orang. So far so good. Kot. Hehehe. Walaupun dah kenal each other 11 tahun tapi banyak benda baru tahu lepas dah jadi suami isteri. Betullah apa orang kata, kenal lama macam mana pun seseorang tu tapi lepas kahwin semuanya jadi baru. Kadang-kadang rasa tak percaya tapi seronok sebab dapat kenal suami sendiri. Awww dah boleh panggil suami.

Terima kasih untuk ucapan dan doa dari semua orang. Doa yang baik-baik.


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tahun ni sambut hari raya aidilfitri macam tahun-tahun sebelum ni cuma rasa sedih sebab the only atuk yang tinggal dah takde dengan kitaorang lagi. Duit raya pun memang kita langsung tak dapat. I'm just 24 years old and i'm still not married but yeah, no duit raya for this year. *nangis bucu katil*


Macam biasa, sehari sebelum raya mesti ada scene keluar air mata kat dapur (girls, you better know about this one) hahahaha. Mak cakap tak nak masak malam raya macam sebelum ni, so start tengahari dah duduk dapur tolong mak masak. Sebenarnya takde lah tolong masak sangat, lebih kepada tolong sediakan bahan masakan je lepas tu sambil dengar rintihan hati mak yang asyik ulang dialog sama sehari sebelum raya.


"Tahun depan along takde dah tolong mak macam ni, tahun depan balik rumah mertua."


"Nanti lah cakap kat Farhan nak raya pertama rumah sini."


"Mak masak sorang-sorang lah tahun depan."


"Sabrina kan ada, bukan mak sorang-sorang. Dia tak tolong je mak bagitahu Wani."


"Yelah, tapi tahun depan along takde dah tolong mak macam ni."

Dan dialog tersebut ulang lebih 3 kali sepanjang hari sampai semua lauk siap masak.


Mak ada dua anak perempuan, setiap tahun dua orang ni lah yang akan tolong masak/kemas rumah before hari raya. Mak ajar kalau mak pergi dapur, mak mesti ajak kitaorang berdua sekali sejak dulu lagi. Kejap lagi kalau tak ikut atau tolong kat dapur mesti mak membebel takde orang nak tolong lah, nanti nak kahwin tak reti masak lah nanti bagitahu ayah yang kitaorang malas lah and bla bla bla (mak orang kan lain-lain cara didikan). Mungkin sebab tu kot mak macam terasa bila dia tahu anak dia dah besar dah nak kahwin. Eh? Hahaha. Nanti takde teman nak masak sama-sama, nanti takde orang nak buat dia membebel kat dapur, nanti takde orang nak tolong potong bawang and of course mak rasa sunyi sorang-sorang. T.T

Tak habis sampai situ, bab mengemas rumah pun sama juga. Siapa nak tolong tukar langsir, siapa nak tolong sapu rumah, mop lantai and everything. Lol. Mak is just being too emotional.


4 beradik yang kejap bahagia, kejap menyakitkan hati, kejap masam muka.


Oleh sebab atuk dah takde dan ayah adalah abang sulung, semua pakcik makcik dan sepupu datang beraya kat rumah pagi raya. Lepas solat hari raya semua datang dan bermaaf maafan. Makanan pun semua ada semua sedap, rendang ayam, nasi impit, ketupat, kuah kacang, rendang daging, kuah lodeh, lengkap! Happy tummy is happy me. Lepas tu timbang berat nanti naik sikit mula lah nak buat drama salahkan makanan. Hahaha.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hi.


Dah setahun lebih tak update pasal life sendiri. Sibuk cari rezeki untuk diri sendiri sampai tak sempat nak buat apa-apa. Heh. Hari-hari rutin yang sama, pagi pukul 7 dah gerak pergi kerja, pukul 5.30 keluar office tempuh jammed sampai rumah pukul 6.15 paling awal, malam layan kdrama kejap lepas tu pukul 10.00 malam dah tidur. Bangun pagi ulang balik benda sama sampai hari jumaat. Boring.


Cuti sabtu ahad lepak kat rumah je. Kalau mak ajak pergi mana-mana baru keluar bawa mak. Nak tengok movie kat luar pun malas sebab lebih rela tengok online kat rumah. Rest day kot, malas nak buat apa-apa melainkan tolong mak masak, kemas rumah kemas bilik sikit lepas tu layan kdrama sepanjang hari. Bahahaha. Tak produktif langsung tapi benda tu buat kita release tension dan tak perlu fikir hal kerja. Seriously, dah 24 tahun ni baru sedar nak cari rezeki tu bukan perkara mudah lagi-lagi buat rutin yang sama sepanjang hari. 

Kerja so far okay je. Benda biasa kalau ada rasa malas nak buat kerja atau OMG tak tahu nak buat yang mana dulu. It's okay benda normal. 

Almost 2 years mencari rezeki, banyak benda baru belajar. Dari kerja fotostat, filing, ambil minit meeting and handle meeting sendiri. Sebenarnya banyak benda baru belajar start from masa internship dulu. *throwback zaman internship* :')


Lepas habis degree life terus kerja adalah benda yang patut kita bangga sebab tak semua orang bertuah nak dapat kerja terus lepas habis belajar even though kita kerja kontrak 3 bulan dan sambung lagi selagi khidmat masih diperlukan. Still worth kot sebab dah bekerja instead of tanam anggur belakang rumah. Heh. May be sebab kita tak memlih kerja, asalkan benda tu dipanggil 'kerja'. Pernah je terfikir masa dah nak habis internship dulu nak kerja KFC, Mcd, Pizza Hut or kat kedai dalam shopping mall sebab dah nekad lepas habis belajar memang nak kerja. Lain orang lain pemikiran. Ada orang fikir kena pilih kerja sebab penat-penat belajar tinggi lepas tu kerja KFC je, tak berbaloi. Tapi kita fikir takpe kerja apa pun yang penting dapat pengalaman kerja, dari duduk rumah apply kerja sana sini tunggu interview yang tak sure entah bila nak dapat macam wasted time kot. Dah cakap, lain orang lain cara berfikir. 

Selagi peluang untuk timba pengalaman tu ada kat depan mata, ambil je. Nanti ada pengalaman 2 3 tahun boleh pilih kerja yang sesuai untuk diri sendiri. Kadang-kadang masa tengah dapatkan pengalaman ni lah kita tahu apa yang kita suka buat, apa yang kita boleh buat, apa yang kita nak buat dan skills apa yang kita ada.

Masa kerja juga kita akan kenal orang sekeliling kita. Officemate, boss and client. Make sure boleh bekerja dengan officemate sebab ada kerja yang kita buat independently dan ada yang kita kena work as a team. Belajar bergaul dan kenalpasti cara orang lain untuk sesuaikan dengan cara kita. So far selama kita kerja ni dapat bos yang boleh tolerate dan memahami. Banyak benda belajar dengan bos sebab bos jenis suka kongsi pendapat dan idea, yang penting kena rajin bincang dan bertanya. Jangan duduk diam lepas tu cakap "tak best lah macam ni". Please jangan. 

Kerja of course penat. Lagi-lagi yang kerja shift tu kan, kadang shift tak menentu. Tapi kalau kerja tu kita suka, rasa penat pun tak penat dah. Haha.

Bila diri sendiri rasa tak seronok atau buat-buat seronok, mesti akan beri kesan kat kualiti kerja kita. Kalau rasa tak best sangat dan tak boleh follow bidang tugas kita tu, try lah cari kerja yang kita minat. Pengalaman tu dah mematangkan kita. Pengalaman tu dah boleh bagi kita sedar apa benda kita nak buat sebenarnya. Selagi kerja yang kita buat tu memang atas minat dan seronok, benda susah pun boleh jadi mudah.



Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ▼  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose