How I Met My Husband

by - March 08, 2018


Alhamdulillah, dah selamat menjadi isteri orang. Honestly, sekarang pun macam tak percaya dah ada suami, teman makan bersama, gosip bersama, borak bersama dan bahagia bersama.


On 27th January 2018, we were officially husband and wife. Yay!


Dari kisah cinta monyet yang entah apa-apa hingga ke jinjang pelamin. Tak sangka dari 'pakwe makwe' lepas tu putus lepas tu baik lepas tu kawan lepas tu bercinta balik dan sekarang dah sah jadi suami isteri.

Kitaorang kenal dah lama, exactly 11 years ++ kalau ikut pengiraan. Just wow! Hahahaha. Kalau orang tanya macam mana kenal each other mesti susah sikit nak jawab sebab bukan belajar satu sekolah atau satu matrikulasi atau satu universiti. Selalu jawapan paling senang adalah, "hmmm kenal-kenal macam tu je lah, tetiba je dah kawan. hahahaha." -___-


So jom lah kita balik semula cerita dulu-dulu masa kenal.

Masa tu kita form 1 and yes masa tu budak-budak lagi, baru nak remaja tapi tu lah dah gatal. Farhan buat-buat missed call kita 2 3 kali. Mula-mula macam nak tak nak je layan sebab orang tak kenal kan, tapi sebab jiwa remaja baru nak up so kita layan je lah. Dulu whatsapp takde lagi, zaman myspace friendster lagi masa tu. Okay so dari situ lah kitaorang mesej-mesej tanya nama, umur and tiba-tiba eh dah jadi kawan lepas tu eh dah boyfriend. Hahahaha. Jenis gelojoh tak reti nak berkawan lama terus nak jadi boyfriend masa tu. Budak baru nak up katanya. Lol.

Actually, Farhan dapat nombor kita dari 'abang angkat' dan rupanya Farhan ni sepupu 'abang angkat' kita tu. So sekarang 'abang angkat' kita tu dah jadi sepupu kita juga. Hahaha. Thank you Abang Im, jasamu dikenang :)

Cinta monyet ni banyak main-main sebenarnya. Ala benda biasa kalau kejap putus lepas tu couple lepas tu putus terus tak nak kawan sampai bila-bila. Pernah je 2 tahun kitaorang macam lost contact (tak, sebenarnya sebab kitaorang putus lepas tu dia ada girlfriend baru so macam k dah jangan cari aku lagi), lepas tu entah macam mana contact balik masa kita baru nak sambung degree, sayang balik and bercinta balik. Hahahaha.


After 4 years bercinta bagai nak rak (no more cinta monyet), we decided we wanted to be with each other and spend the rest of our lives together.

We were engaged on 1st July 2017.
Bertunang tak lama. Ayah dah cakap, "tempoh bertunang ni tak perlu tetapkan, nanti ada duit terus kahwin."

Bersungguh kitaorang simpan duit nak kahwin dan paling bersungguh adalah Farhan sebab sama-sama baru habis degree, baru setahun kerja, baru nak bagi mak ayah duit sendiri dan baru nak simpan duit kahwin. The struggle was real masa tu. Kalau boleh tak nak bertunang lama sangat so I was like okay-let's-do-this-until-the-end-and-get-married-as-soon-as-possible. Kesungguhan Farhan tu paling buat kita macam terharu sangat sebab one of my wish list is nak kahwin sebelum umur 25 tahun dan dia berusaha nak jadikan benda tu kenyataan. So sweet.


Six months later, we were married. Alhamdulillah.



We are happily married for 1 month and 9 days.

Sekarang masih belajar jadi isteri orang. So far so good. Kot. Hehehe. Walaupun dah kenal each other 11 tahun tapi banyak benda baru tahu lepas dah jadi suami isteri. Betullah apa orang kata, kenal lama macam mana pun seseorang tu tapi lepas kahwin semuanya jadi baru. Kadang-kadang rasa tak percaya tapi seronok sebab dapat kenal suami sendiri. Awww dah boleh panggil suami.

Terima kasih untuk ucapan dan doa dari semua orang. Doa yang baik-baik.


Till then.

You May Also Like

0 comments