Posts

Showing posts from August, 2015

Internship dah habis

Hai.

So internship selama 2 bulan dah habis. Hiks. Alhamdulillah.
Banyak pengalaman sepanjang praktikal, banyak benda baru belajar, banyak dapat ilmu, banyak kenal dengan orang especially kakak-kakak kat office, penyelia and big boss, banyak join program dan paling banyak adalah banyak makan. Hahaha. Seriously kat tempat praktikal selalu dapat makan free. Gemuk hoi.
Dah 4 hari duduk rumah and unofficially dah jadi penganggur. Kah. Betul-betul official jadi penganggur lepas konvo nanti. :p

Selama 2 bulan kerja (yes, kira bekerja jugak sebab kena datang office 5 hari seminggu dan masuk pukul 8 pagi balik 5 petang) baru tahu perasaan orang yang dah bekerja macam mana. Kadang-kadang rasa macam best jugak sebab duduk office buat kerja je, tak payah nak pecah kepala baca buku/nota lepas tu jawab exam kan. Tapi kadang-kadang kau akan rasa macam lifeless sangat. Seriously, pukul 8 masuk office lepas tu pukul 5 petang balik rumah, and benda tu kau ulang setiap hari tunggu weekend baru cuti. M…

Hari Raya 2015

Image
Hai.


Raya tahun ni sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Kalau sebelum ni raya pertama dah banyak rumah kitaorang pergi, tahun ni cuma 3 rumah je untuk raya pertama. Mak dah cakap awal-awal tahun ni mak takde mood nak raya macam selalu. Mak tengah sedih lagi.
Nenek meninggal dunia 12 hari sebelum raya, masa bulan puasa. Baru sangat. Nenek jatuh and duduk kat hospital lebih kurang 3 hari and then nenek pergi. Sekelip mata, siapa lah yang tak sedih. Aku pun terasa sangat kehilangan nenek. Wan belah ayah dah takde, nenek belah mak dah takde, takde siapa dah aku boleh panggil wan/nenek lagi. Tinggal atuk belah ayah sorang je T.T 
Esok genap sebulan nenek pergi. Al Fatihah untuk nenek.

So raya tahun ni macam biasa lah, takde kampung nak balik. Balik rumah atuk sebelah rumah je. Heh.
Atuk tengah fikir apa tu tuk? :p
Tengah tunggu turn nak salam ni.
Raya tahun ni tak sangka dapat duit raya lagi walaupun umur dah makin meningkat. Kah. Lagi-lagi bila orang tahu aku dah praktikal sampai…