Posts

Showing posts from September, 2014

Semester 5

Isi borang kad kolej, letak gambar 2 keping, beratur untuk pendaftaran.
Dalam hati nervous sangat. Sebenarnya masa kat traffic light depan UKM lagi dah rasa lain macam. Feeling macam budak first year padahal dah third year. K.

Sampai turn budak depan aku, lagi lah aku nervous. Bukan nervous sebab akak kat kaunter tu garang, akak tu okay je siap senyum manis lagi. Aku nervous sebab nak tahu dapat bilik mana. Dua tahun duduk bilik double ada roomate ada teman nak cakap, masuk tahun ketiga memang takkan dapat macam tu lah kisahnya. 

Turn aku.
Bagi borang kat akak kaunter, lepas tu dia tanya,
"Kad kolej ada?"
"Tak bawak."
"Hmm lain kali bawak ye."
"Oh okay okay."

Dalam hati fuhh nasib baik tak kena denda ke apa. Masalahnya kad kolej masa second year mana aku ambik kat office. Bahahaha. Terpaksa tipu sunat sebab takut punya pasal. Maafkan saya kak.

Masa dia check kat laptop nama aku, aku kurang nervous dah. Masa ni tawakkal je dapat bilik mana-mana. Bil…