Posts

Showing posts from October, 2015

Sepupu

Image
Hai.


Aku ada dua orang sepupu yang sama umur dengan aku. Since kitaorang kecik lagi dah rapat sampai dah besar pun kalau jumpa bertiga mesti duduk gosip sama-sama. Tak kisahlah gosip/cerita pasal apa pun, jadi satu kemestian bila jumpa kena duduk bertiga bersama walaupun hanya untuk 10 minit.

Dulu masa kitaorang kecik, selalu main sama-sama. Disebabkan aku tinggal kat kampung dan rumah aku sebelah rumah atuk kitaorang, so bila diorang ni balik rumah atuk mestilah kena jumpa aku. Haha. Kalau aku tak pergi rumah atuk, mesti diorang datang rumah cari aku. Biasalah, masa tu kecik lagi kan, asyik fikir nak main je memanjang.
Masa tu main pun taknak kalah sebab main macam budak lelaki. Hahaha.

Kitaorang pernah panjat pokok manggis/pokok rambutan kat belakang rumah.
Kitaorang pernah main kejar-kejar depan rumah atuk.
Kitaorang pernah main sorok-sorok dalam rumah.
Kitaorang pernah mandi sama-sama dalam bilik air rumah atuk (faktor belum baligh lagi) kekeke.
Kitaorang pernah menyanyi sama-sama…

Happy Graduation Day Farhan!

Image
Hai.

Ahad (4 Okt 2015) haritu Farhan konvo. Haruslah aku pergi sebab aku kan antara insan istimewa, gituuu. Istimewa sangat. Hahaha. Kalau aku tak datang konvo dia, dia tak nak datang konvo aku. Bukan mainlah nak mengugut kita kan. 
Sabtu tengahari family dia datang ambik kat rumah, petang dalam pukul 5 macam tu dah sampai Batu Pahat. Hello Johor, hello Batu Pahat. Hee.
Farhan sidang petang, tapi ahad pagi tu pukul 10 lebih dah gerak pergi UTHM dari homestay. Dia nak daftar, ambik gambar and etc, so kena lah datang pagi. Tunggu sampai tengahari, nak dekat pukul 1 macam tu dia dah nak pergi daftar masuk dewan. Tinggallah aku dengan adik bongsu dia duduk berdua sampai penat. Kah. Majlis konvo start pukul 2.30, habis 5.15. Bayangkan betapa penatnya aku duduk berjam-jam sambil melayan adik dia tanya macam-macam. 

Sebelum masuk dewan. Awww nak konvo dah orang sebelah ni.
Bukan main lah dia punya tahap nervous nak masuk dewan naik pentas sampai muntah-muntah lepas tu muka pucat je. Eh baru…