Sepupu

October 11, 2015

Hai.


Aku ada dua orang sepupu yang sama umur dengan aku. Since kitaorang kecik lagi dah rapat sampai dah besar pun kalau jumpa bertiga mesti duduk gosip sama-sama. Tak kisahlah gosip/cerita pasal apa pun, jadi satu kemestian bila jumpa kena duduk bertiga bersama walaupun hanya untuk 10 minit.

Dulu masa kitaorang kecik, selalu main sama-sama. Disebabkan aku tinggal kat kampung dan rumah aku sebelah rumah atuk kitaorang, so bila diorang ni balik rumah atuk mestilah kena jumpa aku. Haha. Kalau aku tak pergi rumah atuk, mesti diorang datang rumah cari aku. Biasalah, masa tu kecik lagi kan, asyik fikir nak main je memanjang.
Masa tu main pun taknak kalah sebab main macam budak lelaki. Hahaha.

Kitaorang pernah panjat pokok manggis/pokok rambutan kat belakang rumah.
Kitaorang pernah main kejar-kejar depan rumah atuk.
Kitaorang pernah main sorok-sorok dalam rumah.
Kitaorang pernah mandi sama-sama dalam bilik air rumah atuk (faktor belum baligh lagi) kekeke.
Kitaorang pernah menyanyi sama-sama.
Paling legend, masa dulu cerita hindustan macam Mohabbatein tu tengah up gila. Memang masa tu kitaorang suka sangat dengan movie tu sampai kitaorang siap menari menyanyi semua lagu dalam movie tu okay. Lepas tu pilih siapa nak jadi Kiran, siapa nak jadi sanju. Kahkahkah.

Rindunya masa kecik-kecik.


Sekarang masing-masing dah besar, bawak haluan sendiri. tapi kitaorang still boleh duduk sama borak macam biasa walaupun kadang-kadang aku fikir kitaorang takkan jadi rapat macam dulu. Heh.

Kitaorang dah 22 tahun tau. Please jangan salah sangka yang kitaorang baru 17 tahun. Hahaha.

Paling sayang.


Antara kitaorang bertiga, aku paling tua so that aku along. Then yang tengah tu angah dan panggilan untuk dia dalam kalangan family memang angah jugak. Paling tinggi tu dan paling bongsu antara kitaorang ialah Nur.

Dari kecik lagi walaupun aku paling tua, tapi Nur selalu biadap cakap aku pendek antara kitaorang. Lol. Aku selalu kena buli dengan Nur disebabkan ketinggian aku tak melambangkan aku paling tua dan dia sepatutnya kena hormat aku. Kah. But i don't care. Takpe kalau orang cakap aku pendek pun sebab aku selalu perasan aku muda. Hahahaha.

How time flies so fast. Dah dewasa, makin cantik diorang ni. Awwww.

Lepas ni ambik gambar cukup tiga orang macam ni mungkin dah ada yang kahwin. Hehe. 

Bila jumpa asyik tanya bila nak kahwin. Masing-masing bijak menjawab, 'tunggu wani dulu sebab dia paling tua.' Amboi bijak sangat jawapan.
Lepas tu aku jawab, 'rasa macam yang bongsu je kahwin dulu, sebab macam beriye nak kahwin.' kahkahkah.

Well, tengoklah nanti siapa kahwin dulu. Cuma mintak doakan yang terbaik je. Tak kisah siapa kahwin dulu, siapa dapat anak dulu, yang penting kita selalu ada untuk each other. InsyaAllah.



Till then.

You Might Also Like

0 comments