Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Konvokesyen

Hai.

Dulu masa habis matrik nak sambung degree ada satu perasaan macam tak confident boleh ke nak sambung belajar lagi. Dah lah dapat course yang lari jauh dari akaun, lepas tu dapat UKM pulak. Macam tak berapa yakin dengan diri sendiri gitu. Dalam tak berapa nak yakin tu lah aku dapat habiskan 3 tahun pengajian kat sana dengan jayanya. Heh. Alhamdulillah.


First time kita dapat bunga. Wuuuuu.

Seorang Shazwani sangat gembira. Haha.

Raja dan permaisuri dalam hati sampai bila-bila :)

Mak dengan Ayah yang banyak berkorban nak membesarkan seorang anak perempuan yang degil, tolong ambil hantar, bagi duit belanja, banyak benda mak ayah buat sampai tak terkira. Terima kasih mak ayah :')

Masa naik pentas haritu rasa bangga sangat sebab mak ayah tengok. Hari yang mak ayah tunggu adalah hari konvo aku. Lepas turun pentas je nampak mak ayah lambai, aku rasa nak lari peluk mak ayah je. Hahaha over tau. Mak ayah, bangga tak Wani dah konvo? Hehe.

Izzat, Sabrina, Shazwani, Shazwan.

Susah nak ada gambar empat beradik ni tau. Nasib baik semua nak datang konvo along dia walaupun hari esok tu Sabrina dah start SPM and Wawan penat kerja, tapi tetap datang. Along is terharu. Heee.

Orang selalu cakap anak sulung kena jadi contoh kat adik-adik bawah dia, so aku rasa aku dah tunjuk contoh dengan cemerlang walaupun aku takde lah baik mana. Hahaha. Takpe kalau tak belajar tinggi-tinggi pun tapi ada cita-cita sendiri dan tahu apa nak buat. Benda baik dari aku boleh jadi ikutan, tapi benda yang buruk yang tak baik tu aku tak nak budak bertiga ni ikut. Kejap lagi jadi huru hara macam aku pulak. Kah.

Terima kasih datang konvo kita orang sebelah. 

Farhan sanggup habiskan masa sehari untuk konvo aku. Awwww sweet sangat. Hehe. Berani dia tak datang konvo aku, dia dah janji okay. Tapi masa aku dalam dewan, dia mesej cakap bila nak habis ni, bila nak naik pentas ni. Haaa baru dia tahu perasaan aku masa tunggu dia konvo haritu, so fair kan sebab dua-dua rasa macam mana penat menuggu. :p

Lepas ni Sabrina pulak kalau ada rezeki. Good luck SPM Kaklang.

Tak tahu Sabrina nak buat apa sebenarnya. Kah.

Budak dah konvo nak balik cepat.

Keluar dewan je tengok dah hujan. Tak tahu nak sedih ke nak gembira sebab kena redah hujan cari mak ayah. Farhan dah bagitahu siap-siap masa aku dalam dewan yang kat luar dah hujan, dia dengan budak 3 orang tu tunggu kat masjid. Berlari aku pergi masjid dengan jubah nak jumpa semua orang, Sampai je kat masjid aku macam nak lompat cakap "Yayyyy dah konvo!" Kahkahkah. Tapi belum apa-apa tak sempat nak jerit, budak-budak ni cakap aku jalan dengan confident je masa atas pentas. Lepas tu aku macam eh yeke? Hahaha. Malu.

Tak lama pun tunggu kat UKM, lepas ambil gambar je terus ayah ajak pergi makan. Junior call tanya ada kat mana, aku macam kesian junior nak jumpa tapi aku dah keluar awal. Buruknya perangai seorang kakak senior kan. Heee. Nanti hakak datang UKM, hakak jumpa korang k.


Terima kasih semua orang yang selalu ada, banyak tolong dan sentiasa mendoakan.


1 November 2015.
Budak yang dah konvo,
Shazwani Ramly.

2 comments: