Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Bye 2015

Hai.


Tak sangka dah masuk 2016. Kejap sangat ni. Cepat betul masa berlalu sekarang ni, macam tak percaya pun ada jugak. Masa ni lah tetiba nak rasa eh macam baru je habis belajar, eh macam baru je haritu praktikal, eh macam semalam je baru konvo and segala 'macam baru je' keluar kan.Belum lagi tiba-tiba nak eh dah kahwin. Hahaha.

Setiap tahun sama je cuma tahun 2015 bagi impak yang lebih sikit. Lebih or special sikit dari tahun-tahun yang lepas sebab last year aku konvo. Well, mungkin bagi orang lain like "Laaa konvo je pun, ramai je yang konvo kan." Fineeee.


3 tahun berjaya habiskan pengajian yang takde lah hebat macam engkorang tu tapi Alhamdulillah kira macam WOW jugak kan? Ye kan je lahhh. Kahkahkah. Sekarang dah kerja, rasa rindu pulak zaman study-tengok movie (korea, english, malay, hindustan and segala macam bentuk)-assignment last minute so what-study week yang baru sedar apa aku belajar ni-jawab exam rasa nak hentak kepala kat dinding kenapa aku tak study bebetul-dapat result like okay next sem cuba lagi. Bahahaha. Weh rindu kot. Rindu nak makan kebab kat bakery tu, rindu ice blend kat PUSANIKA, rindu dinding batu yang orang cakap macam UKM tak reti cat bangunan ke macam mana tapi unik okay. Rindu bilik-bilikku kat kolej. Rindu kat classmate/kawan walaupun aku syak yang aku takde ramai mana pun kawan sebenarnya. Rindu lecturer yang tak pernah bosan layan kitaorang walaupun kitaorang ni annoying. Omg rindu.


Tahun lepas jugak aku cuba cari pengalaman kerja demi bersuap-suap nasi untuk kenyangkan perut. Walaupun tak setanding orang lain tapi aku rasa aku kena cuba. Aku tak retilah duduk rumah je lepas tu menangis kenapa takde duit masuk, lepas tu gatal nak kahwin. :p 

Cita-cita tinggi lepas belajar nak tolong mak ayah and then i'm getting married kononnya, tapi tak reti nak kerja. That's why aku kerja tahu tak. Lol. Emosi tak tentu pasal.


Jadi 2015 adalah tahun permulaan untuk ke fasa seterusnya dan permulaan untuk tahu betapa susahnya untuk mencari rezeki. Dah masuk 23 tahun ni kena explore banyak benda. Tak bolehlah duduk diam je lepas tu mengeluh kenapa aku macam ni kenapa aku macam tu. No. Dah boleh fikir apa aku patut buat dan apa tanggungjawab. Bukan boleh main-main macam masa sekolah dulu, duduk tepi pintu kelas tunggu crush lalu. Sekarang ni tak boleh duduk tunggu benda tu datang berjalan, kena usaha demi kebahagian masa depan. Gitu. 


Tahun baru ni takde azam baru pun sebab aku bukan jenis orang yang berazam. Hahaha. Ala azam yang tahun-tahun lepas pun belum tercapai, maka kita simpan je azam tu untuk tahun ni dan tahun seterusnya. Kita tengok je apa jadi tahun ni, mana tahu tiba-tiba jadi kaya kan. Hahahaha.




xoxo,
Shazwani Ramly

1 comment:

  1. Semua benda kita akan rindu bila semua dah berlalu..time belajar stress belajar..time keja stress keja plak..

    ReplyDelete