Mersing

January 28, 2016


Pergi Mersing haritu plan last minute sangat sebab kebetulan hari sabtu ada kenduri kahwin kat Kluang lepas tu ayah ajak jalan Mersing terus tidur satu malam kat sana. Dua tiga hari sebelum gerak Kluang ada try google nak stay hotel mana semua tu, tapi almost semua hotel/resort dah penuh. May be sebab cuti sekolah so orang ramai bawak budak pergi bercuti.

Sampai Kluang tengahari, makan kat kenduri kahwin semua lepas tu pukul 1 gerak pergi Mersing pulak. Pukul 2 lebih sampai terus check in hotel. Mak ayah tidur kejap sebab letih, kitaorang tiga beradik tak tahu apa makna letih so rehat kejap lepas tu pergi jalan-jalan kat pekan. Semangat gila.

Jalan-jalan tetiba terjumpa mural macam ni kat dinding pekan tu, so feeling kejap tengah panas. Kah.

Budak ni pun nak jugak.

Budak ni tak sedar yang tangga tu lagi kecik dari dia. -.-

Tak sangka Sabrina dah besar dan sama besar dengan Along dia. Harap tak meninggi lagi lebih dari kakak kau ni. Hahaha.


Masa jalan-jalan kat tengah pekan ni ada jugak feeling tourist sikit. Kitaorang bertiga je tau mampu jalan panas-panas lepas tu setiap sudut nak bergambar. Kahkahkah. Orang lain tengok pun kitaorang lantakkan je. Helloo, bukan senang nak datang sini okay. Seronok dapat jalan kaki macam ni sebab sebelum ni kalau datang Mersing mesti nak duduk hotel yang jauh sikit dari pekan. Takdelah kau nak merasa berjalan kaki feeling tourist ke apa ke kan. Asyik terperuk dalam bilik je tengok tv, lepas tu pergi mandi kolam yang ada, lepas tu penat-mengantuk-tidur -makan dan ulang benda yang sama. Tak menarik langsung.

 Last minute plan macam ni stay kat hotel budget tengah pekan adalah idea yang bijak sebenarnya sebab kita kena cuba lain dari yang lain. Wow cakap macam banyak pengalaman. Kononnya. 


Belakang hotel tempat kitaorang stay tu ada sungai ni. Bila nak tengahari je air surut, lepas tu malam kau tengok air dah naik sampai titi kayu tu tak nampak langsung dah. Ramai jugak orang lepak area ni malam-malam, ada pulak tu yang siap memancing. Kau mampu?


Dah penat berjalan, kitaorang balik hotel rehat kejap. Tak lama lepas tu ayah ajak pergi jalan-jalan pulak. Siap-siap mandi semua lepas tu ayah bawak jalan tepi pantai.

Sayang mak.




Malam takde buat apa sangat. Pergi makan kat tepi pantai sampai kenyang lepas tu balik rehat je. Hotel kan tengah-tengah pekan, so malam tu kitaorang macam lapar sikit kitaorang gigih jalan kaki pergi 7E depan tu nak beli maggi dengan keropok. Perut macam air sungai asyik nak lapar tiap masa -.-

Malam layan cerekarama apa tah lepas tu tidur.

Bangun pagi pergi cari sarapan area situ. Ayah keluar hotel awal gila sebab kononnya nak cari kedai untuk sarapan tapi kedai banyak belum bukak. Hahaha. Kitaorang perhati je ayah dok jalan kat bawah tu. Tak lama tu kitaorang semua turun sekali pergi breakfast kat kedai makan area hotel. Sambil berjalan sambil ambik gambar. Exercise pagi lah sangat kan. Hahaha. Lepas tu kemas barang semua, dalam pukul 10 kitaorang dah check out. Tak nak balik lewat dan tak nak sampai rumah malam sebab esoknya aku kerja.










Dengar-dengar next year ayah nak datang Mersing lagi. Omg. Setiap tahun takkan missed datang Mersing like seriously -____- macam takde tempat lain yang lagi best lagi cantik and obviously banyak tempat lain tak pergi lagi sebenarnya. On the way balik rumah tak lalu highway sebab ayah kan suka guna jalan kampung-tengok rumah orang-berangan nak beli tanah-buat rumah kat Mersing. Hahahaha. Takpe, berangan tu penting untuk mencapai cita-cita.


You Might Also Like

0 comments