Soalan bila nak kahwin?


Makcik-makcik dah sibuk tanya bila nak kahwin dan aku tak reti nak jawab apa. Faktor dah habis study dan dah kerja so orang sekeliling akan bertanya dan bertanya sampai dapat jawapan yang tak tahu pun bila sebenarnya. Lepas dah kahwin pulak nanti orang tanya bila nak dapat baby/anak. Like seriously?

Suka ke tak suka, kena hadap benda-benda macam ni. Kejap lagi dia nampak kawan sebaya kau dah kahwin, mulalah keluar soalan "yang ni bila lagi?" -_____- annoying sangat kan tapi itulah benda yang kau kena hadap setiap masa. Tambah-tambah lagi aku anak sulung then kat rumah ni belum ada majlis/kenduri besar, tu yang orang suka bertanya. Mak aku pergi kenduri orang lain, nanti mak aku balik ada lah cerita yang makcik tu tanya mak bila nak dapat menantu, anak kau yang Wani tu bila nak kahwin. Makcik tu tanya macam makcik tu pulak tak sabar kannn. Kahkahkah. Sabar jap makcik, tengah cari duit nak kahwin ni.


Umur 23 tahun, masa depan banyak kena fikir. Rasa macam muda lagi 23 tahun tu tapi kalau tengok kawan umur sebaya dah ramai kahwin dan ada anak, so mulalah diri terasa tua. Gituu. Bukak FB bukak ig merata gambar kahwin gambar baby. Aku kat sini masih forever alone upload gambar sendiri. T.T

(Buat kira-kira and secara puratanya nanti masa aku kahwin, kawan-kawan yang dah kahwin dan dah ada anak ni dia bawak paling sikit 2 orang anak kiri kanan)
:p


Takde target bila nak kahwin sebab masih dalam proses 'baru kenal erti hidup'. InsyaAllah sampai masa aku kahwin. Sekarang ni baru nak rasa the REAL WORLD yang orang cakapkan. Real world yang kau sendiri pun tak sure kau boleh bertahan sampai bila. Lol. Bila fikir-fikir balik macam nak bukak business, tapi kena buat something different lah kan sebab zaman yang semua benda nak mahal dan orang berlumba-lumba nak ada business ni bukanlah perkara yang mudah. Gituuu. Buat masa ni baru belajar nak cari rezeki untuk diri sendiri di samping tolong mak ayah yang makin meningkat usia. Lagi-lagi bila kau anak sulung dan seorang perempuan lengkap pakej ada 3 orang adik di bawah yang tengah belajar. Teheeee.

Waktu-waktu ni jugak tiba-tiba rasa banyak tanggungjawab tapi nak kahwin nak ada suami tapi macam tak ready tapi nak jugak! 


So instead of soalan bila nak kahwin, boleh tanya bila Wani nak ada lesen dan kereta sendiri. Eh, lesen tengah dalam usaha ni. Boleh jugak tanya bila Wani nak kurus k. Bahaha.


Comments

Popular posts from this blog

Crush Cikgu Praktikal Sekolah

Kolej Matrikulasi Selangor

Family Day Social Work 2014