Saturday, 9 April 2016

Perasaan nak Give Up


Kadang-kadang akan muncul satu perasaan nak give up dari buat something. Aku pernah rasa dulu masa putus cinta (kononnya) nak give up belajar. Masa tu budak -budak lagi kot, semua benda kau rasa kau betul. Give up tak nak belajar sedangkan nak SPM dah. Terserlah sangat perangai tak matured sebab suka buat keputusan 'bodoh' tak masuk akal. Kononnya sebab frust break up bahahaha. Lepas tu tak tahu kenapa tiba-tiba semangat nak study untuk SPM walaupun last minute. Gigih study, buat latihan add math, pergi cari kawan nak belajar math (sebab aku lemah math tapi boleh buat add math), stay kat sekolah sampai petang baru ayah datang ambik, free time kat kelas je bukak buku latihan, OMG rajin gila kan. Perasaan give up tu hilang ikut peredaran masa kot, tahu-tahu je SPM. Wow sangat. Kekeke.

Dulu kat matrik pun sama, pernah give up nak study subjek 'Pengurusan Perniagaan'. Memang tak suka sangat membaca dan menghafal. SERIOUSLY.  Masa PSPM 1 subjek tu aku dapat 'c' okay. Kahkahkah. Setiap kali kena baca bisnes je aku takde semangat. Aku give up. Tak lama lepas tu baru sedar, aku belajar matrik ni setahun je. Kena buang mind set tak suka baca dan hafal tu, tak boleh biar forever dalam keadaan yang entah apa-apa sedangkan benda tu sebab mind set je tahu tak? Sikit-sikit aku try buat something. Bila study bisnes je aku buat-buat happy dalam terpaksa walaupun aku tahu susah. Study week PSPM 2, gigih membaca sampai 3 4 pagi. Dalam masa yang singkat aku buat diri aku ubah mind set and yes i did it!

Memang orang akan kata benda tu susah, aku tak nafikan pun tapi sebenarnya benda tu kau boleh buat. Kau kena yakin yang kau boleh buat. Macam mana kau tengok drama or baca novel orang yang tak suka satu sama lain tapi kahwin and at the end diorang bahagia, macam tu jugak kau akan alami. Cuma bukan dalam situasi yang sama lah. Hehehe.


Bila dah kerja pun perasaan nak give up tu datang. Contohnya bila aku kerja tak sama dengan apa aku belajar, aku ada degree tapi apply kerja guna SPM dan orang pertikaikan benda-benda tu.

At first, memang aku nak give up sebab aku fikir 'oh, betullah apa dia cakap tu'. Tapi aku bukanlah seorang yang cepat terpengaruh. Hahaha. Aku fikir balik semuanya. Everything okay. Aku fikir baik buruk, aku fikir peluang, aku fikir semua benda yang berkait. Mula dari situ aku tak pedulikan apa orang-orang tu cakap, aku pekakkan telinga, aku bagi jawapan yang sopan tapi ada maksud yang tersurat dan tersirat, aku bertahan, aku buat tak tahu. Then aku terus tak jadi nak give up sebab aku tahu apa aku buat.


Benda tu bukan semudah 1 2 3 atau a b c. Benda tu memang susah dan kau kena tanggung sendiri.


Bila rasa nak give up, kau kena fikir macam mana susahnya kau mulakan benda tu. Kena yakin, kena percaya dengan diri sendiri, kena kuat. Allah uji kita sebab tahu kita mampu.

Kita dah mulakan something tu, kita kena habiskan jugak. Sama macam kita sambung belajar, lepas tu tiba-tiba kita rasa tak boleh buat, kita nak give up, kita decide nak berhenti belajar and buat something else. Bila dah decide and tahu apa kita nak buat in future, then give up lah. Buat something else yang kita yakin kita boleh. Jangan give up unless kau tahu apa kau kena buat lepas kau let go benda yang kau ada sekarang. 
You know what i mean. heh.


Till then.

No comments:

Post a Comment