Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Suntikan HPV

Assalamualaikum semua.


Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV?
Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk diam baca sampai habis sambil mulut ternganga. haha.

Haritu kat group ukm, ada lah orang post pasal suntikan ni. Bacalah poster dengan berhati-hati tanpa meninggalkan satu huruf pun. Hebat bukan?
ye, sebab ianya penting bagi wanie sebagai seorang perempuan.

Baca dan baca.
Yes, it's for me.
Untuk kaum perempuan yang lahir pada tahun 1993. That means, 19 years old.
Dan ianya adalah percuma. Free free.
Kalau dah nama pun free, sape yang tak nak kan? and for sure wanie dengan semangatnya kata, wanie nak!


Untuk kaum lelaki yang tak berapa nak ambik tahu pasal suntikan ni, meh wanie kenalkan apa kebendanya suntikan HPV ni.

Human Papillomavirus.
Suntikan ni adalah untuk mencegah kaum perempuan daripada menghidap penyakit kanser. Bunyi macam serius je kan?
Ye, ianya adalah serius dan bukan perkara main-main. kanser apa? kanser pangkal rahim.
Dari apa yang wanie tahu dan apa yang wanie tanya kat nurse dan apa yang wanie google, penyakit ni boleh menular melalui hubungan seks dan lebih-lebih lagi yang suka atau kerap tukar pasangan. MasyaAllah.
Selain dari tu, boleh la tanya kepadan tuan/puan doktor ye.

Okay, sekarang wanie dah selamat mendapatkan suntikan ni.

Memula masuk je tempat nak pergi, amboi semangat kemain. Siap kata lagi sebelum tu kat kengkawan, lepas ni haku nak pergi ambik suntikan HPV. Korang ada? ahah. Dorang tu tak boleh ambik sebab memasing umur 20 hokayyy. So wanie dengan riaknya kata gitu. hehe.

Sebelum masuk, kena check nama dulu kot haritu wanie tak daftar lagi ke kan.
Tetiba masa nak tulis ic number, tangan menggigil.
Pehhhhh, rasa macam dah kenapa dengan kau ni wanie?

Wanie takut sebenarnya, nervous kot masa tu.
Imagine, last ambik injection masa wanie form 2. Apa tak lama ke tinggalkan zaman suntik menyuntik tu kan.

Dah masuk bilik tu, lagi lah haku nervous.
Why wanie, why?
Bilik ber'air conditionar'. Dah mula rasa sejuk. Dengan rasa, ya Allah, dah kenapa haku sejuk kemain ni? Sabar wanie, cool jeh. *nak sedapkan hati lah kononnya.

Tengok orang lain, relaks je masa kena inject tu.

Mulalah menanya nanya orang,

'Sakit tak weh?'
'Rasa apa eh? Macam nak nangis tak?'

T-T

Lagi gerun bila ada sorang girl ni menjerit. Haa, mahunya tak haku tak seram.

Okay, cool je bila nurse suruh isi borang semua. Ambik kad lagi. then, pergi balik kat nurse bagi dia semak segala yang wanie isi.

Masa dah tiba, giliran dah sampai.

Selak lengan baju, sambil ingatkan nurse. 'Jangan buat sakit-sakit tau.'
Nurse gelak sambil kata, 'sikit je dik.'


Then nurse ambik kapas, sapu sapu kat lengan. Siap sedia lah tu nak bagi injection kat wanie. Nurse kata, tarik nafas lepas, tarik nafas lepas. Wanie buat jee.
Tetiba eh, dah siap?
Terkejut lah wanie ni kan. Dah kenapa tak rasa apa-apa langsung. Lepas tu happy je lah :D Siap angkat-angkat tangan kiri tunjuk kat kawan sambil cakap, 'tak sakit pun la, tak rasa pape langsung.'

Dah nampak keriakan kat situ kan. Haaa, dok ayun tangan sambil jalan. Lagak macam tak kena pape.
Padahal dulu kalau lepas kena inject, nak gerak tangan pun wanie tak berani. Takut sakit effect dari suntikan. Kot tercabut ke tangan, takut ada kesan sampingan lain semua.


Balik bilik, macam biasa.

Tetiba dalam petang tu rasa sakit dah tangan kiri.
Pulak kenapa tetiba sakit ni? Mula lah takut jadi pape ke kan. Tangan rasa lenguh lenguh. Sikit pun tak boleh sentuh.
Even wanie nak angkat barang pun kena tahan sakit.
Antara kesan daripada keriakan tadi jugak. -.- so anggap macam padan muka kau wanie.

In fact, itu lah kesan yang kita biasa akan rasa lepas dapat apa-apa suntikan. Sama ada cepat atau lambat je kot. Kes wanie pun sama dengan kengkawan.
Sesape datang dekat, jangan kau orang berani menyentuh tangan kiriku.


Dah macam terpanjang kan dok cerita. haha. leka.

Dos pertama sudah, lepas ni dos kedua pulak.

Wanie dah dapatkan suntikan, awak awak bila lagi?
Ke wanie sorang je yang lambat ambik? hihik.


Till then, see ya.

10 comments:

  1. erkkkk. akak manusia paling tkot ngn injection! omo..akak pn tak amek lagi ni wany..huwaaaaaaaaa..3 kali kan kne inject? aduh..seriyau..huhu..anyway, wany take care taw! rehat ckup2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. memula mmg takut lepas tu ok jeh, cume lenguh je tgn ni.

      Delete
  2. Replies
    1. pika better ambik kot. takpe, biar lambat aslkan selamat :)

      Delete
  3. Salam, saya ada jual long sleeve maxidress dan jubah cotton denim formal/smart casual selesa dan cantik..sesuai untuk ke pejabat, kuliah, atau jalan2..jemputla tengok2 cuci mate ye :)

    http://hiasanterindahstore.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Tk suka injection. Seram betul. hm.

    ReplyDelete
  5. ada orang kata bahaya betul kew

    ReplyDelete
  6. please do some research about hpv vaccination. Jangan jadi lembu kena cucuk hidung. Please do some research about the ingredients of this vaccine. Kita tak nak benda lain jadi kat kita. Don't let yourself be the guinea pig of this vaccination. Vaccine ni tak dapat dibuktikan secara saintifik dan juga klinikal.

    ReplyDelete