Posts

Showing posts from July, 2013

Orang kata

Orang kata aku banyak cakap,
aku banyak cakap dengan orang yang aku kenal je sebenarnya.


Orang kata aku mula-mula jumpa sombong,
sedangkan aku tak kenal siapa mereka dan mereka dah buat tuduhan melulu,
tapi aku tak kisah sebab aku memang begitu.


Orang kata aku ni pendek rendah kemetot,
aku sedar aku mempunyai ketinggian 157cm je sedangkan orang lain tinggi-tinggi belaka,
tapi aku apa ada hal,
pendek-pendek aku pun berguna jugak dalam hidup mereka.


Orang kata aku degil kepala batu,
aku buat apa aku suka,
aku kata aku nak aku tetap nak,
tapi hakikatnya aku tak dapat nafikan yang aku memang degil.


Orang kata aku baik hati cepat kesian kat orang,
sebab mak ayah aku ajar buat baik kat orang lain,
tolong orang bantu orang,
hati aku kecik sangat sampai aku tak mampu tengok orang rasa susah,
bukan aku kaya dengan harta aku boleh tabur duit kat orang lain,
tak,
tapi dengan mendoakan kesejahteraan orang lain.


Orang kata aku ego,
siapa je yang takde ego?
sama ada tinggi atau rendah yang membezak…

Menghitung hari

Assalamualaikum dan hi semua.

Bila dah habis final for sure kita akan cuti pulak. Lepas tu kita tunggu lah keputusan final nak keluar. kan? Sama lah jugak dengan orang kat sini.


Menanti malam bertukar siang, siang bertukar malam. Sebabnya nak tahu keputusan final exam haritu. waaaaa ai tak sanggup nak tahu sebenarnya. tsk T-T dah orang lain dok tweet sana sini pasal result final exam, lepas tu ada u yang dah keluar pun result dorang dan wani pun tak ketinggalan turut buat benda yang sama. haha. Wani terus menanti dengan rasa nebes.

Mintak mintak lah mencapai apa yang dikehendaki. Wani memang nebes tahap dewa hokay.  Pepatah pun ada kata, tak rock lah kalau tak tahu keputusan. Jadi sama-sama lah kita berdoa semoga semuanya okay-okay je. Keputusan tu okay atau pun tak itu belakang kira. Hari tersebut dah makin dekat, dan wani pun ber'countdown' untuk merasai nikmatnya keputusan exam nak keluar. motif sangat kan.

Well, harini dah masuk 15 Ramadhan. Alhamdulillah. Harapnya semua …

Salam Ramadhan

Image
Assalamualaikum dan hi :)

Rasanya macam tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat berpuasa kat semua orang. heee.

Macam terlambat sikit dari orang lain T-T Biasa lah duduk rumah bercuti panjang macam tak hengat dunia, semua benda yang selalu kita buat pun kita jadi malas nak buat. Tahun ni merasa lah puasa sebulan kat rumah. Tak macam tahun-tahun yang lepas puasa kat matrik, lepas tu kerja lagi. So this year memang cuti semester yang takde buat apa-apa duduk rumah dah serupa macam jadi surirumah sepenuh masa. gituuuu :D

Well, rumah sekarang dah makin sunyi sebab adik wani yang sorang tu sambung belajar kat IKBN Alor Gajah. Berlima je lah kami berbuka dan bersahur tahun ni. Mak paling terasa sebab anak lelaki yang sorang tu belum pernah berjauh dari mak. haha so paling tak pun mesti mak kata, 'teringat wawan kat sana tu buka puasa makan apa.'
Dah 8 Ramadhan, semoga kita banyak buat kebaikan dalam bulan mulia ni. InsyaAllah.

Till then adiosss.

Selamat bercuti semester!

Image
Assalamualaikum semua and hi.

Dah seminggu dua hari wanie duduk rumah. Yup, cuti semester dah mula. Mungkin student lain sama u dengan wanie ada yang dah 2 minggu cuti enjoy gelak ketawa siap dapat duduk depan tv tengok 'sebenarnya saya isteri dia'. wah wah, suka yee.

Alhamdulillah, wanie dah habis semester 2 untuk tahun satu ni. Ada lah rasa macam terlebih over excited jugak sebab pejam celik tutup mata bukak mata, dah setahun dah belajar kat u. Rasa macam baru semalam ambik keputusan SPM lepas tu lompat lompat suka kan. hekhek. Tak kisah lah ape pun, yang penting dahku gembira sebab final exam yang tunggang langgang tu dah habis. :)
dahku merindui katil kat kolej. hahah
Ceritanya final haritu agak stress sebab wanie ade gap dua minggu sebelum last paper hokayy. Rasa tension yang amat sangat hokayy. Hanya Allah je tahu camne wanie jadi penyabar, melayan drama korea yang tak pernah habis, marathon running man yang lama-lama punya, dan menghabiskan sisa hidup kat Bangi semampu…

Cousin's wedding

Image
Assalamualaikum dan HI :)



Kat banner dorang tu ada masalah teknikal sebab tahun 3013. haha. Bukan ke patutnya 2013. Alahai.
Kalau nak diikutkan family sebelah ayah wanie ni memang payah sikit nak tengok majlis kahwin kahwin atau majlis yang besar. Nak tunggu akak dan abang sepupu kahwin pun kena mengira tahun bulan dan hari. So bila sekali je majlis ada, bukan kemain meriahnya sampaikan wanie turut rasa tempiasnya.

Bulan lepas telah pun berlangsung majlis kakak sepupu wanie dengan suami tercinta. hiks. Alhamdulillah. Dekat 2 tahun gitu bercinta dan akhirnya telah sah menjadi suami isteri. Awww kita jealous tau dengan orang yang kahwin ni. Masa tu lah jugak kita pun rasa nak kahwin cepat-cepat. kehkeh. Majlis pun berlangsung dengan hendak-Nya. Alhamdulillah :) Wanie pun tak kurang sibuk tolong apa yang patut. Ambik berkat. LOLs.

Antara kerja yang kita patut tolong. rajin kan kan?
Well, quite busy sebab pengantin tak cukup tangan nak handle semua sendiri. Adik beradik pun bukannya rama…