Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Selamat bercuti semester!

Assalamualaikum semua and hi.


Dah seminggu dua hari wanie duduk rumah. Yup, cuti semester dah mula. Mungkin student lain sama u dengan wanie ada yang dah 2 minggu cuti enjoy gelak ketawa siap dapat duduk depan tv tengok 'sebenarnya saya isteri dia'. wah wah, suka yee.


Alhamdulillah, wanie dah habis semester 2 untuk tahun satu ni. Ada lah rasa macam terlebih over excited jugak sebab pejam celik tutup mata bukak mata, dah setahun dah belajar kat u. Rasa macam baru semalam ambik keputusan SPM lepas tu lompat lompat suka kan. hekhek. Tak kisah lah ape pun, yang penting dahku gembira sebab final exam yang tunggang langgang tu dah habis. :)

dahku merindui katil kat kolej. hahah

Ceritanya final haritu agak stress sebab wanie ade gap dua minggu sebelum last paper hokayy. Rasa tension yang amat sangat hokayy. Hanya Allah je tahu camne wanie jadi penyabar, melayan drama korea yang tak pernah habis, marathon running man yang lama-lama punya, dan menghabiskan sisa hidup kat Bangi semampu yang boleh. hiks. 


Roomate dahku meninggalkan dahku sehari sebelum dahku pulang. choi. Tinggal lah wanie sorang kat bilik macam orang tak betul padahal dalam hati kata seram duduk sorang dalam bilik. Pulak tu kolej amin tu dekat dengan hutan. Nampak tak kat situ betapa penakutnya wanie? -.-'' hailaaa. Dengar cerita sem depan kitaorang dah start tinggal bilik yang sorang-sorang tu. tssk. T-T ai tak biasa tidur malam-malam takde teman nak cakap nak borak nak gossip sebelum tidur. 

ni rupa bilik sebelum balik bercuti selama 2 bulan. Memang tak rajin nak kemas awal-awal. kihkih


Lepas tu esok pagi bangun awal kemas untuk kali terakhir. Takde lah banyak mana barang kita bawak balik. hihi. Yay, dah cuti dapat duduk rumah dapat tengok tv dapat tengok episod akhir SSID, dapat makan mak masak. :) untung tau cuti lama-lama camni. Tapi tu lah, dalam masa yang sama dahku turut membiakkan lemak di badan. muahahaha.
Happy Holiday!


Till then, adioss.

2 comments: