Salam Ramadhan

July 17, 2013

Assalamualaikum dan hi :)


Rasanya macam tak terlambat lagi kan nak ucapkan selamat berpuasa kat semua orang. heee.

Macam terlambat sikit dari orang lain T-T
Biasa lah duduk rumah bercuti panjang macam tak hengat dunia, semua benda yang selalu kita buat pun kita jadi malas nak buat. Tahun ni merasa lah puasa sebulan kat rumah. Tak macam tahun-tahun yang lepas puasa kat matrik, lepas tu kerja lagi. So this year memang cuti semester yang takde buat apa-apa duduk rumah dah serupa macam jadi surirumah sepenuh masa. gituuuu :D


Well, rumah sekarang dah makin sunyi sebab adik wani yang sorang tu sambung belajar kat IKBN Alor Gajah. Berlima je lah kami berbuka dan bersahur tahun ni. Mak paling terasa sebab anak lelaki yang sorang tu belum pernah berjauh dari mak. haha so paling tak pun mesti mak kata, 'teringat wawan kat sana tu buka puasa makan apa.'

Dah 8 Ramadhan, semoga kita banyak buat kebaikan dalam bulan mulia ni. InsyaAllah.


Till then adiosss.

You Might Also Like

1 comments

  1. Berlima kire ramai ag la tu.. selamat berpuasa..:)

    ReplyDelete