Aidilfitri

by - August 19, 2013

Assalamualaikum semua.


Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya. hiks.
Kita memang camni, orang awal awal dah ucap kita baru nak merangkak-rangkak menaip kann. Nak kata busy tu tak jugak sebab tengah habiskan sisa-sisa cuti yang berbaki 3 minggu lagi. Mungkin kekangan masa yang kejap baik kejap tak baik, mungkin jugak sebab jarang membuka laptop. teheeee :D




Sempena raya kali ini, wani nak mintak maaf kalau ada salah silap dalam berkata-kata. Dahku ini hanya manusia biasa yang selalu buat silap cakap lepas. heks. Hari baik bulan pun baik, apa kata kita saling bermaafan kan? 


Raya tahun ni pun biasa biasa je macam tahun-tahun yang lepas, cuma ada sikit rasa sedih gak lah bila arwah wan wanie dah takde. tssk. Sepupu-sepupu semua pun dah makin besar dah makin dewasa, nak main bunga api memalam raya sama-sama memang takde feeling sangat dah. Baru la wani perasan bila kita dah makin meningkat dewasa ni kan, makin kita rasa biasa je sebenarnya sambut raya. Kalau tak, wani lah paling beria nak kutip duit raya -.- ampun ya bapak ibu. Tiada kampung untuk dituju kerana atuk belah ayah dengan nenek belah mak dah satu kampung. Senang lah jugak tak payah fikir nak balik kampung mana bila raya. kehkeh


Sekali lagi wani mintak maaf sempena bulan baik ni. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna yee. Selamat Hari Raya semua (:



Till then adioss.

You May Also Like

0 comments