Kenapa Kerja Sosial?

August 22, 2013

Assalamualaikum semua =)


Sejak sekolah rendah memang dah dapat rasa/tahu yang wani memang lebih ke arah atau lebih suka suka dan sukakan pengiraan. Otak kita memang tak boleh terima tentang fakta mahupun sejarah apetah lagi kerja-kerja menghafal. Sebab tu lah masa sekolah rendah agama dulu subjek hafazan selalu tak dapat mumtaz. agaknya lah. heks. Camne nak dapat mumtaz kalau hafal pun main-main kannn. :p ustaz suruh hafal surah lain, surah al fatihah yang kau hafal. Nangis weh nangis.


Sebab kita dah mind set dalam minda/fikiran/otak, jadi kita memang takkan suka atau memang menyampah gila dengan benda tu. Serius tak tipu tau. Cuba kan korang ni memang handal tahap genius pasal sejarah sampai tak payah bukak buku balik masa belajar, lepas tu boleh jawab terus bila cikgu tanya dalam kelas. Subjek math tu korang pandang tak bermata mata pun. Siap kata, 'apa benda tah nak pening kepala kira nak kena kuasa kuasa.' Camtu lah wani rasa sebab wani cinta mati bagai nak rak dengan math. Mind set dah takde hati weh dengan hafal menghafal. Kekdahnya belajar sejarah ni, menci tahu menci =..=


Orang dah kata, jangan benci sangat sebab nanti itu yang kita dapat. tssk T-T kata lagi benci, kata lagi tak suka, kan dah dapat. Menangis ah jugak dulu mula-mula nak berbaik dengan fakta dengan segala hafalan kat dunia ni. Hamboi sampai ke dunia kau. *angkat kening* kenapa dapat ni? apa takde benda lain ke dia nak bagi? tssk tssk sambil lap air mata.


Yup, wani student account masa matrik dan kenapa masuk u tetiba course lain? Result wani bukan tak bagus, bagus lah jugak tapi tak sebagus yang dapat 4 rata tuu. hek. That's why wani tak dapat course tuu. Kalau nak tahu kerja sosial ni pun course sekadar, 'kalau aku tak dapat pegang duit, aku nak berjasa kat masyarakat.' Masa ni cakap kosong dalam hati kohnon kohnon jee but at last dapat. Tipu lah kalau tak rasa kecewa walau sikit pun, sikit pun jadi lah kan orang kata. Padahal siap nangis tutup muka dengan bantal lagi.


Semua orang tertanya-tanya kenapa tetiba dapat course kerja sosial. Apa benda kerja sosial tu? Serious talk, sesapa tanya lepas tu wani jawab mesti lah mesti berkerut muka. Dalam hati Allah je tahu sebab rasa tangan ringan kemain nak menampar orang. Memula tu bila orang dok kerut kerut ape kejadahnya kerja sosial tu wani? Ku rasa bagai kena hempap dengan tiang letrik tapi jalan.


Setahun belajar, setahun dah cukup buat wani tahu kenapa Allah bagi wani semua ni. I love social work too much to the max. haaa hambik kau sampai much much max max gituuu. hahaha. Kelebihan mengira memegang kalkulator menghafal sifir dan minat over kat math tu bukan kelebihan untuk wani sambung study dalam bidang tu jugak. Nope! well, semua orang ada kelebihan yang dia tak nampak sampai satu masa dia tersedar dan bukak mata luas-luas selaus laut. eh? Kelebihan bercakap dengan orang lain, kelebihan mudah mesra dengan sesiapa, kelebihan suka membantu, kelebihan sukakan kerja-kerja suka dan rela, wani baru nampak dan wani baru sedar wani sukakan sesuatu yang baru. Belajar something new buat kita rasa ada lagi banyak cabaran nak tempuh. Sebab tu wani dalam bidang kerja sosial sekarang.

Dari bawah pelan pelan wani belajar, walaupun wani tahu wani ni lambat tahap tak boleh blah kalau menghafal atau fahamkan fakta. Wani akan 'eh kenapa dia buat teori macam ni? kenapa pulak budak budak camni?' kenapa dan kenapa sampai wani dapat jawapan tu sendiri. Kalau wani belajar akaun/bisnes sampai la ni, wani takkan tahu apa benda teori apa benda tokoh-tokoh, wani takkan tahu macam mana nak dekat dengan orang, wani takkan tahu kita manusia ni ada stage dalam kehidupan kita, banyak lagi yang wani takkan tahu.


Ada hikmah kenapa kita dapat, kenapa kita kena belajar.
Kita tahu mana lebihnya kita dan mana kurangnya kita, sama jugak dengan wani. Jujur wani pun tak berapa tahu apa benda kerja sosial sebelum masuk u, masa isi borang UPU pun banyak google je pasal kerja sosial ni tau. Apetah lagi nak cakap pasal minat. Minat pun takde, wani belajar dari bawah, bertatih, merangkak dan lama lama boleh la wani jalan sikit sikit. =)

Sebab tu bila kita belajar sesuatu, mesti kita dapat sesuatu jugak walaupun sikit. Come on lah, takkan belajar sains kau tak tahu apa benda endocrine system, paling cikai pun takkan tak tahu apa benda H2O tu kan?


Lepas ni orang pertikaikan pulak mana nak pergi lepas habis belajar? Tak pun, nak buat apa lepas habis belajar kerja sosial tu? Tunggu lah lepas habis belajar nanti, insyaAllah ada kerja walaupun ada lah haritu telinga ni menadah kejap orang kata ambik social work nanti kerja pun benda lain gak. Ada dua tahun lagi, dua tahun tu banyak yang akan wani belajar. Sabar k sabar.


Mungkin ada jugak yang menanya apa kejadahnya kerja sosial tu, nak kena cakap kat goverment mintak buat kempen kerja sosial ah cenggini kann. ekekeke.

Terima kasih sudi baca, till then adioss :D

You Might Also Like

6 comments

  1. :) ya I know how it feels to be part of unwell-known course. Tapi rezeki Allah luas. Tak semestinya course social work, akan end up with being a social worker kan. Hehe. Anyway goodluck junior ♥

    ReplyDelete
  2. :) ya I know how it feels to be part of unwell-known course. Tapi rezeki Allah luas. Tak semestinya course social work, akan end up with being a social worker kan. Hehe. Anyway goodluck junior ♥

    ReplyDelete
  3. HYE BABE, i ada emel you about this topic. hope you baca dan reply asap :)

    ReplyDelete
  4. Kak saya pun dapat program kerja sosial. akak boleh saya nak tanya lebih mendalam pasal kos ni? Saya serious tak tahu apa apa. Thank you so much kak for noticing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amilah nak tahu apa je? Boleh, takde masalah heee.

      Delete