Menunggu habis cuti sem

by - September 03, 2013

Assalamualaikum.


Hello September :)


Bulan Syawal dah nak habis.
Cepatnya masa berlalu sampai sedar tak sedar dah nak balik UKM balik. wuuuu kena bukak buku, hidup sebagai student lagi, makan tak tentu masa, basuh baju sendiri, tv tolak ketepi and etc.


Adik-adik baru dah daftar masuk u dah, sekarang ni tengah sibuk orientasi lah kann. ahaha. hakak ni dulu dah merasa dah, kalau tak penat tak cukup tidur tu bukan orientasi ye adik-adik. Semua tu kira adat lah kalau masuk tempat baru macam masuk asrama, matrik, and sekarang universiti. Haaaa dah sampai dah menara gading. Tahniah! :D


Well wani tengah menghabiskan sisa-sisa cuti yang tinggal kurang seminggu je. Dah kemas sikit-sikit baju nak bawak balik. Awwww excited iollss. ekekeke
Hakak lah katakan, dah naik pangkat sikit jadi pelajar tahun dua.


Tak banyak hari yang tinggal, so tak boleh sia-siakan cuti yang ada.
Sehabis boleh tolong mak, sehabis boleh nak tidur lama-lama, sehabis boleh nak tengok tv, sehabis boleh nak spend time dengan family. Cuti dua bulan takkan pernah cukup tau, tapi bila dah lama-lama rasa macam boring pulak tak buat apa-apa. Wani pun takde ambik short sem jadi kesimpulannya dah memang naik tepu ni tak buat apa-apa.

Makin membesar lagi ada -.- kikiki


So selamat berkemas untuk yang akan kembali ke u masing-masing.


Till then.


You May Also Like

0 comments