Seronok ke kerja?

by - June 13, 2017

Hi.


Dah setahun lebih tak update pasal life sendiri. Sibuk cari rezeki untuk diri sendiri sampai tak sempat nak buat apa-apa. Heh. Hari-hari rutin yang sama, pagi pukul 7 dah gerak pergi kerja, pukul 5.30 keluar office tempuh jammed sampai rumah pukul 6.15 paling awal, malam layan kdrama kejap lepas tu pukul 10.00 malam dah tidur. Bangun pagi ulang balik benda sama sampai hari jumaat. Boring.


Cuti sabtu ahad lepak kat rumah je. Kalau mak ajak pergi mana-mana baru keluar bawa mak. Nak tengok movie kat luar pun malas sebab lebih rela tengok online kat rumah. Rest day kot, malas nak buat apa-apa melainkan tolong mak masak, kemas rumah kemas bilik sikit lepas tu layan kdrama sepanjang hari. Bahahaha. Tak produktif langsung tapi benda tu buat kita release tension dan tak perlu fikir hal kerja. Seriously, dah 24 tahun ni baru sedar nak cari rezeki tu bukan perkara mudah lagi-lagi buat rutin yang sama sepanjang hari. 

Kerja so far okay je. Benda biasa kalau ada rasa malas nak buat kerja atau OMG tak tahu nak buat yang mana dulu. It's okay benda normal. 

Almost 2 years mencari rezeki, banyak benda baru belajar. Dari kerja fotostat, filing, ambil minit meeting and handle meeting sendiri. Sebenarnya banyak benda baru belajar start from masa internship dulu. *throwback zaman internship* :')


Lepas habis degree life terus kerja adalah benda yang patut kita bangga sebab tak semua orang bertuah nak dapat kerja terus lepas habis belajar even though kita kerja kontrak 3 bulan dan sambung lagi selagi khidmat masih diperlukan. Still worth kot sebab dah bekerja instead of tanam anggur belakang rumah. Heh. May be sebab kita tak memlih kerja, asalkan benda tu dipanggil 'kerja'. Pernah je terfikir masa dah nak habis internship dulu nak kerja KFC, Mcd, Pizza Hut or kat kedai dalam shopping mall sebab dah nekad lepas habis belajar memang nak kerja. Lain orang lain pemikiran. Ada orang fikir kena pilih kerja sebab penat-penat belajar tinggi lepas tu kerja KFC je, tak berbaloi. Tapi kita fikir takpe kerja apa pun yang penting dapat pengalaman kerja, dari duduk rumah apply kerja sana sini tunggu interview yang tak sure entah bila nak dapat macam wasted time kot. Dah cakap, lain orang lain cara berfikir. 

Selagi peluang untuk timba pengalaman tu ada kat depan mata, ambil je. Nanti ada pengalaman 2 3 tahun boleh pilih kerja yang sesuai untuk diri sendiri. Kadang-kadang masa tengah dapatkan pengalaman ni lah kita tahu apa yang kita suka buat, apa yang kita boleh buat, apa yang kita nak buat dan skills apa yang kita ada.

Masa kerja juga kita akan kenal orang sekeliling kita. Officemate, boss and client. Make sure boleh bekerja dengan officemate sebab ada kerja yang kita buat independently dan ada yang kita kena work as a team. Belajar bergaul dan kenalpasti cara orang lain untuk sesuaikan dengan cara kita. So far selama kita kerja ni dapat bos yang boleh tolerate dan memahami. Banyak benda belajar dengan bos sebab bos jenis suka kongsi pendapat dan idea, yang penting kena rajin bincang dan bertanya. Jangan duduk diam lepas tu cakap "tak best lah macam ni". Please jangan. 

Kerja of course penat. Lagi-lagi yang kerja shift tu kan, kadang shift tak menentu. Tapi kalau kerja tu kita suka, rasa penat pun tak penat dah. Haha.

Bila diri sendiri rasa tak seronok atau buat-buat seronok, mesti akan beri kesan kat kualiti kerja kita. Kalau rasa tak best sangat dan tak boleh follow bidang tugas kita tu, try lah cari kerja yang kita minat. Pengalaman tu dah mematangkan kita. Pengalaman tu dah boleh bagi kita sedar apa benda kita nak buat sebenarnya. Selagi kerja yang kita buat tu memang atas minat dan seronok, benda susah pun boleh jadi mudah.



Till then.

You May Also Like

5 comments

  1. hi wani. lama tak terjah. lama tak follow life masing masing. kita pn baru back to blogging. tapi sendu jugak updatenya. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kak lyaa. Haa tu lah, latest update kak lyaa pun wani tengok anak akak dah besar comel je hahaha. Update lah byk byk wani pembaca setia akak.

      Delete
    2. inshaaAllah niat nak aktif blogging balik. jom sama sama update blk. rindu nak blogwalking macam dulu2.

      Delete
  2. Wahhhh! Dh kje skrg wani? Rs last time jejln kt blog pn wani still stdy kot? Lama btol tgl blog nihh😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwww rindunya dgn akak. Hehehehe. Aah sekarang dah kerja.

      Delete