Happy Graduation Day Farhan!

October 08, 2015

Hai.


Ahad (4 Okt 2015) haritu Farhan konvo. Haruslah aku pergi sebab aku kan antara insan istimewa, gituuu. Istimewa sangat. Hahaha. Kalau aku tak datang konvo dia, dia tak nak datang konvo aku. Bukan mainlah nak mengugut kita kan. 

Sabtu tengahari family dia datang ambik kat rumah, petang dalam pukul 5 macam tu dah sampai Batu Pahat. Hello Johor, hello Batu Pahat. Hee.

Farhan sidang petang, tapi ahad pagi tu pukul 10 lebih dah gerak pergi UTHM dari homestay. Dia nak daftar, ambik gambar and etc, so kena lah datang pagi. Tunggu sampai tengahari, nak dekat pukul 1 macam tu dia dah nak pergi daftar masuk dewan. Tinggallah aku dengan adik bongsu dia duduk berdua sampai penat. Kah. Majlis konvo start pukul 2.30, habis 5.15. Bayangkan betapa penatnya aku duduk berjam-jam sambil melayan adik dia tanya macam-macam. 


Sebelum masuk dewan. Awww nak konvo dah orang sebelah ni.

Bukan main lah dia punya tahap nervous nak masuk dewan naik pentas sampai muntah-muntah lepas tu muka pucat je. Eh baru konvo tau, belum lagi nervous nak salam ayah kita. Jangan sampai pitam sudah. Kah.

Farhan dengan family dia. 
Masa ni dah keluar dewan. Yayyy dah grad. 

Tahniah orang sebelah. Simpan bunga tu elok-elok. Heh.

Kasi chance dekat orang yang nak feeling konvo jugak. Hahaha.

Masa ni Farhan suruh pakai jubah dia. Aku macam tolak-tolak jugak sebab segan lah, bukan aku yang konvo -.- Orang nampak nanti, eee malulah. Padahal dalam hati 'nak nak'. Kahkah. Terima kasih bagi pinjam jubah yang besar tu. I is terharu. 

Senyum sampai tak nampak mata tu nak ke mana bang. Happy sangat lah tu.


Berkat usaha selamat 4 tahun, akhirnya dia konvo jugak. Tahniah! 

Selalu bila result keluar mesti tak nak bagitahu sampai kita kena check sendiri, lepas tu tak nak orang sentuh sikit pun pasal result dia. Tapi ada pulak aku kisah, nak jugak cakap bagi dia stress. Hahaha. Bukan senang nak habiskan belajar selama 4 tahun dan habis dalam masa yang sepatutnya. Bukan senang okay. But you did it! Yeah.

Semoga berjaya dunia akhirat Farhan. Semoga jadi engineer yang hebat dalam hati saya. Awww.


Congratulation!

You Might Also Like

0 comments