Kehidupan Selepas Habis Belajar

by - September 14, 2015

Hai.


Life lepas habis belajar memang sangat jauh berbeza dengan masa belajar. Masa belajar kita sibuk pergi kelas, itu pun belum pasti kelas ada setiap hari dan setiap masa. Hello, life kat universiti kan? 14 minggu habis belajar teori dalam kelas, kena jawab exam pulak. Benda tu berulang sampai tahun terakhir kita kat U. 

Paling seronok kat U ni bila kita join macam-macam program. Tak kisahlah program sukarelawanan ke, program anak angkat ke, seminar ke, or whatever yang bagi kau peluang untuk bersosial dan keluar jumpa orang and pergi mana-mana, pengalaman yang satu ni lah susah kau nak dapat. Masa ni jugak kau akan berkomunikasi dengan orang luar selain bestfriend kat kolej tu/kawan sekelas/lecturer. Pengalaman tu penting, cari peluang tu.


Okay sebenarnya rindu sangat zaman belajar. Sorry. T.T
Kadang-kadang ada terfikir nak belajar lagi, tapi kena hold dulu keinginan tu atas sebab tertentu. 


Sekarang tengah bekerja. Bekerja untuk cari pengalaman sebagai pekerja dan dalam masa yang sama nak simpan duit sikit-sikit untuk masa depan. Heh. Tak kisah kerja sebagai apa pun as long as benda tu halal dan berkat. Perasaan bekerja tu lain sikit dari praktikal sebelum ni walaupun praktikal tu lebih kurang je macam pergi kerja. Mungkin sebab dah betul-betul habis belajar and kerja kot. Bila dah kerja ni aku rasa macam tanggungjawab tu bertambah. Tiba-tiba rasa matang gila cakap macam tu. Luls.

Ada orang tanya, 'Wani ada degree tapi kenapa tak mintak kerja yang sepatutnya?'
Simple, 'Wani nak kerja nak cari pengalaman dulu.'

Biasa lah orang akan tanya dan pertikai. Belajar tinggi-tinggi tapi kerja macam tu je? Hellooo, awak kata awak ada degree kan? 
So what?


Rezeki masing-masing. Ye saya ada degree dan saya bangga dengan apa saya peroleh. Tapi tak semua benda kita nak kita dapat senang macam tu je. For me, tak salah pun kerja apa-apa as long as benda tu bagi something kat diri kita. Sekarang nak kerja pun orang cari yang ada pengalaman at least 1 year. Bila kita ni dah dapat kerja kira okay lah dari orang lain yang mintak tak dapat-dapat. Ingat mudah? 

At least bila ada pengalaman walaupun kerja KFC, Burger King or whatever, orang tahu kita boleh buat kerja. So carilah pengalaman sebanyak mungkin, sambil tu boleh try apply kerja yang kita nak sangat tu. Macam yang aku tengah buat sekarang. Hahaha. Bukan main cakap macam dah bertahun kerja, padahal baru setengah bulan. 



Sebenarnya yang penting tu niat kita. Bila niat kita betul, Allah mesti tolong kita.



Till then.


You May Also Like

0 comments