Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Internship dah habis

Hai.


So internship selama 2 bulan dah habis. Hiks. Alhamdulillah.

Banyak pengalaman sepanjang praktikal, banyak benda baru belajar, banyak dapat ilmu, banyak kenal dengan orang especially kakak-kakak kat office, penyelia and big boss, banyak join program dan paling banyak adalah banyak makan. Hahaha. Seriously kat tempat praktikal selalu dapat makan free. Gemuk hoi.

Dah 4 hari duduk rumah and unofficially dah jadi penganggur. Kah. Betul-betul official jadi penganggur lepas konvo nanti. :p


Selama 2 bulan kerja (yes, kira bekerja jugak sebab kena datang office 5 hari seminggu dan masuk pukul 8 pagi balik 5 petang) baru tahu perasaan orang yang dah bekerja macam mana. Kadang-kadang rasa macam best jugak sebab duduk office buat kerja je, tak payah nak pecah kepala baca buku/nota lepas tu jawab exam kan. Tapi kadang-kadang kau akan rasa macam lifeless sangat. Seriously, pukul 8 masuk office lepas tu pukul 5 petang balik rumah, and benda tu kau ulang setiap hari tunggu weekend baru cuti. Masa mula-mula tu rasa macam tak boleh nak addapt dengan fasa dah-habis-belajar dan kau-kena-kerja. Okfine. Lama-lama tu macam okay lah jugak, at least weekend (sabtu ahad) cuti. Kan? Lol.

Praktikal ni bagi kita peluang untuk rasa macam mana orang lain bekerja, Baru kau tahu betapa seronok, sedih, malas, terpaksa, enjoy orang yang bekerja ni. Haha. Macam tu lah yang aku rasa masa praktikal haritu.


Kadang-kadang tu terfikir jugak nak sambung belajar lagi, tapi duit takdak. Kah. Lepas tu fikir nak kerja nak cari duit nak ambik lesen (22 tahun dan masih tiada sebarang jenis lesen), nak kereta sendiri, nak bagi mak ayah duit belanja, nak kahwin. Luls. InsyaAllah ada rezeki lebih sambung belajar kot. Kalau takde rezeki, jadi seorang isteri kepada seorang suami pun takpe. Gituu. Bahaha.


So what's next?


Ohh tarikh konvo dah ada. Yayyy! Finally, tak sabar nak pegang segulung ijazah dan buat mak ayah happy bangga dengan diri sendiri. :')



Till then.

3 comments:

  1. Hai. Awk ex kms jugak kn ? Klw x silap. Terjumpa blog ni je. Tgok mcm penah nampak. Just nk wish tahniah sbb dh habis belajar.

    Haha. Doakan sy
    -ukmkl-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, ye saya ex KMS. Siapa ni eh? Mungkin kita pun macam pernah nampak. Haha. Thanks.
      Saya doakan awak juga :)

      Delete
  2. Salam wani.
    Saya bakal menyambung mpil social work kat ukm. Saya ingat nak mendalami social work sebab saya asal amik psikologi. Kalau boleh wani bagi nota softcopy social work. Email saya adrianaizat91@gmail.com

    ReplyDelete