Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Hari Raya 2015

Hai.


Raya tahun ni sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni. Kalau sebelum ni raya pertama dah banyak rumah kitaorang pergi, tahun ni cuma 3 rumah je untuk raya pertama. Mak dah cakap awal-awal tahun ni mak takde mood nak raya macam selalu. Mak tengah sedih lagi.

Nenek meninggal dunia 12 hari sebelum raya, masa bulan puasa. Baru sangat. Nenek jatuh and duduk kat hospital lebih kurang 3 hari and then nenek pergi. Sekelip mata, siapa lah yang tak sedih. Aku pun terasa sangat kehilangan nenek. Wan belah ayah dah takde, nenek belah mak dah takde, takde siapa dah aku boleh panggil wan/nenek lagi. Tinggal atuk belah ayah sorang je T.T 

Esok genap sebulan nenek pergi. Al Fatihah untuk nenek.


So raya tahun ni macam biasa lah, takde kampung nak balik. Balik rumah atuk sebelah rumah je. Heh.

Atuk tengah fikir apa tu tuk? :p

Tengah tunggu turn nak salam ni.

Raya tahun ni tak sangka dapat duit raya lagi walaupun umur dah makin meningkat. Kah. Lagi-lagi bila orang tahu aku dah praktikal sampai orang kata aku dah kerja kononnya, namun aku masih layak dapat duit raya. Bahahaha. Tak banyak macam masa kecik tapi Alhamdulillah ada. Terima kasih kepada yang memberi. 

Makin dewasa makin banyak nak pakai duit, jadi orang dewasa lah yang sepatutnya dapat kan? Hiks.

The Longchiks'.

Ada 3 family je kat atas tu. 2 family takde sebab satu kat Pahang dan satu lagi sebab maklang paklang tengah buat umrah. Entah bila nak lengkap semuanya. Bila ramai mesti lagi meriah dalam gambar. Takpe next year cuba lagi.

Our small family.

Tahun ni tak letak tema apa-apa, bila tengah beli baju haritu tetiba masing-masing nak warna kuning lah gold lah, maka terjadilah satu tema tanpa perancangan. Hahaha. Ayah dengan wawan memang pakai jubah je. Awwww ustaz sangat tau. (Maaf sebab selipar je, selipar je sempat pakai masa ni) :p

 Ateh dengan anak buah perempuan. 

 Ateh dengan anak buah lelaki. 2 orang cuba untuk lompat tapi tak terlompat, 2 orang lagi dah selamat terbang hahahaha.

 Ibu, mak, mama dan ateh yang terlalu gembira.

Kumpulan nasyid baru, The Longchiks'. Kekeke.


Habis beraya kat rumah atuk, aku sekeluarga bergerak ke kubur. Lepas tu balik rumah arwah nenek, tengok takde orang. Sobs. Sunyi sangat rumah nenek. Selalu tiap tahun nenek tunggu kitaorang datang, sambut kitaorang, suruh makan nasi impit rendang ayam nenek masak. T.T Duit raya pulak nenek selalu bagi siapa yang paling besar mesti dapat nilai besar jugak. Terbayang-bayang nenek bila masuk rumah. Sedih gila. Takpe, nenek dah tenang kat sana. Selamat hari raya nenek. 

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. Maafkan segala salah dan silap, maafkan jika ada terkasar bahasa, terguris hati, termengumpat, tergosip, semua yang ter. Hahaha. 


Selamat Hari Raya! 


0 comments:

Post a Comment