Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

#Roadtoconvocation

Hai.


25 Jun 2015 paper terakhir aku untuk sem akhir dan tahun akhir sebagai pelajar UKM. Cepat sangat masa berlalu, sekarang pun dah masuk bulan baru. Sekarang ni aku tengah duduk dalam office sebagai budak praktikal. Hiks. Alhamdulillah. Aku berjaya menjawab final exam dengan jayanya. *flip nota yang bertimbun tu*


Berhempas pulas aku study untuk exam walaupun hanya 3 subjek je. What? 3 subjek je? Eh, 3 subjek tu pun takde lah senang macam yang orang lain fikir okay.  Dalam sibuk study tu, aku sibuk jugak siapkan thesis aku. Well, life sebagai seorang pelajar ni kau perlu berkorban tanpa rasa semua benda kau kena buat tu sebagai beban sebab result akhir nanti kau mesti akan tersenyum dengan bangga. Bangga dengan hasil yang kau buat. Tidur tak cukup, sakit kepala tak payah cakap lah, menangis takut tak sempat siap dan sampai masuk fasa menggelarkan diri sendiri sebagai seorang zombie. LOL.

Seriously, final exam untuk final sem haritu aku study sangat last minute. Sangat! Kau bayangkan, kau terpaksa fokus kat thesis yang wajib kau siapkan dalam masa yang dah ditetapkan dan kau kena study untuk final exam yang belum pasti kau faham setiap nota yang kau dah print. Haru hidup. Sekejap aku buat thesis, sekejap aku study. At the end, dua-dua aku berjaya siapkan dan jawab. Well done.



Lepas thesis siap dijilid, aku rasa aku dah lepas satu fasa. Fasa sebagai seorang pelajar degree dengan hashtag #roadtoconvocation. Ouchh. :p


Perasaan tu susah nak explain, tapi kau akan rasa happy gila sampai senyum sorang-sorang dan lepas tu gelak sendiri. Pffttt. Hahaha. Semua tu atas usaha sendiri, kepayahan dan kesusahan yang kau hadap siang malam. Demi masa depan. Gituu. 

Thank you atas sokongan semua orang. Thank you untuk yang tolong, bantu dan segala jenis bentuk yang sama waktu dengannya. Thank you bagi idea, pendapat dan teguran. Thank you so much. Tanpa anda, tiada thesis yang siap berjilid dan tidak mampu rasanya untuk jawab exam dengan keadaan seperti seorang zombie. Anda tahu siapa anda. Heee.



Semoga dipermudahkan semuanya. 

Terima kasih. :)


1 comment: