Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Jalan-jalan ke Menara Condong Teluk Intan

Hai.


Plan nak pergi Menara Condong ni dah lama. Ajak ayah sepuluh kali kot, bulan lepas baru hajat tercapai. Kah. Itu pun tak sedar diri nak final exam, sempat lagi hoi nak pergi berjalan. Masa tu betul-betul baru siap thesis. Konon-konon nak lepaskan tekanan buat thesis. Hahaha. Plan ni pun macam last minute jugak sebab adik dua orang tu tengah cuti sekolah.

Kitaorang pilih Menara Condong sebab jarang sangat jalan-jalan ke belah utara nun. Asyik ke selatan je (Melaka dan Johor). Sesekali tu nak jugak lah pergi belah Perak walaupun hanya ke Menara Condong je. Heh.


Gerak awal pagi lepas solat subuh sebab ayah takut jalan jammed. Hari ahad tu betul-betul hari terakhir budak-budak cuti sekolah, so risau lah jalan jammed ke apa kan. Alhamdulillah jalan tak jammed. Lagipun kitaorang pergi sehari je. Pergi pagi balik petang.


Finally sampai sini jugak. Yayyy! Tolong lah, ni masuk dalam wishlist kot. Hehehe.

Sabrina, adik, mak and ayah. Tak pasti apa yang diorang tengok sampai semua nak tengok arah yang sama. Kah.

 Dua orang budak nak manja-manja depan Menara Condong. Hahaha.

Haruslah happy sebab dah sampai tempat yang dah lama kita nak pergi. Hiks. Hai Kaklang. :p

Kak, pehal nak tutup muka kak? 

Dua orang pengacau Sabrina ada di belakang. Hahaha. Gaya ayah paling lawak.

Gambar dari atas. 

Hoi tak ready hoi. Kah. Tengok gambar ni baru sedar yang diri sendiri dah gemuk. Eeeee.

Kasi can mak dengan ayah bergambar pulak. Heeee.

Diri sendiri berat sangat sampai nak lompat pun nampak kelakar. Benci betul. Heh. Adik jugak maintain boleh lompat boleh peace sekali. -.-



Seronok jalan Perak kali ni walaupun hanya sehari je. Heeee. Sikit-sikit ayah bawak kitaorang tempat yang kitaorang nak pergi. Terharu. T.T Terima kasih ayah. Lepas ni boleh lah ajak pergi tempat lain pulak. Hehe. 

Balik dari Perak ayah lalu Kuala Selangor sebab tak nak masuk highway. Gerak awal pagi je lalu highway sebab nak cepat sampai. Jenis ayah ni dia suka lalu jalan dalam/kampung sebab boleh tengok banyak tempat orang dan tahu lagi banyak tempat. Ayah jenis santai-santai je. Hahaha. So tak pelik lah kalau aku tahu banyak tempat dan cepat hafal jalan. 


Till then.

1 comment:

  1. tak pernah betul2 explore perak! nk pergi jugak lah nnti! :)

    Blogwalking sini :)

    ReplyDelete