Jamuan Kelas

by - June 30, 2015

Hi.

Semester ni adalah semester terakhir untuk kitaorang pelajar tahun 3 Program Kerja Sosial. Kelas pun dah habis, tinggal nak siapkan tesis, buat assignment dan final exam je. Lepas tu kitaorang LI (Latihan Industri). Sobs.

Sempena kelas terakhir untuk subjek Kebajikan Sosial dan Kesukarelawanan dengan Datin Dr Fauziah, Dr cakap nak buat makan-makan. Sebelum ni pun masa 2nd year kitaorang pernah buat makan-makan jugak dengan Dr Fauziah. Kiranya makan-makan ni sekali dengan jamuan kelas sempena kitaorang dah nak habis belajar macam jamuan raya kat sekolah rendah dulu-dulu. Ada nasi, ada kek, ada biskut, ada air, ada macam-macam.


Main menu adalah nasi ayam. Sedap gila kot.

Kek mesti ada. Hehe. Masa ni ada dengar kata SR ni haram tak boleh makan, tapi ada jugak kata sijil tu ditarik sebab premis kotor. Entahnya, tawakkal je makan. Kah.

Biskut dari hamper baru bukak. 

Jeruk Pak Ali dari Penang. 

Makanan yang sangat banyak sampai ada banyak lebih.

Perkenalkan model jeruk kita, Hanny dan Kak Ana. Kah.

Hai Kak Anis. Comelnya peace kak Anis hehe.

Dr Fauziah :)

Semua berebut nak potong kek sama-sama dengan Dr Fauziah. Untunglahhh kan. Hahaha. Tapi Dr Fauziah jugak maintain cantik sepanjang masa. Awwww.

Budak kelas ni kat mana-mana je nak selfie. Kah.

Sora sampai ternganga selfie. Hai Sora. heee.

Dah mula rindu kelas kita. T.T 

Mata masing-masing nak sepet dah kenapa. Hanny sampai pejam-pejam mata ambik feel nak bagi gambar dia paling comel. Hahaha.  

Ni antara kawan rapat kat kelas. Boleh lah nak kata rapat kan? Tapi macam semua orang je kawan rapat dengan Wani. Awwwww. Hehehe. 

Jamuan terakhir sepanjang belajar kat UKM dan sebagai pelajar kerja sosial. Sobs. Takde lah sedih mana pun sebenarnya masa makan tu sebab semua lapar nak makan. Lepas ni entah bila boleh makan ramai-ramai macam ni kan. Mungkin tunggu antara kitaorang kahwin, then boleh buat reunion, lepas tu boleh memekak kat majlis orang. Hahaha. 


Sayang dan rindu,
Adik Wani
:)


You May Also Like

0 comments