Hanya Kerana Thesis

by - May 18, 2015

Hi.


Alhamdulillah, borang soal selidik dah pun selamat dijawab oleh responden. Legaaa sangat. Sebelum ni risau gila, bila nak hantar borang soal selidik ni, bila nak bagi ni, bila boleh start buat bab 4 ni. Orang lain dah start buat bab 4, aku boleh rilek je baru nak pi hantar. Kah. Elok sangat perangai tu.


Sekarang tengah busy buat analisis untuk bab 4. T.T

Bukan boleh siap dalam seminggu okay, ambik masa. Menangis lagi macam ni. 
Dah lah guna SPSS, jenuh lah nak keluarkan data. Tu lah siapa suruh kau buat kuantitatif kan? Haaa padan muka. Juling mata dok hadap laptop tiap hari. Jadi masa ni baru kau tahu yang nak buat thesis tu bukan benda yang mudah dan baru kau tahu belajar tu bukan makin senang. Heh. Lagi-lagi aku ni slow pasal SPSS, nasib baik coursemate banyak tolong ajar macam mana nak analisis data. Terima kasih coursemate :'D

Tiap hari jugak gigih bangun awal pagi pergi library. Tak boleh nak duduk dalam bilik sebab nanti mengantuk, maka ku paksakan diri pergi ke library untuk thesis. Demi thesis. Semua kerana thesis. Sobs. Selama ni dari sem 1 sampai sem 5, mana pernah nak pergi library duduk sana lama-lama. Tak tahan kena duduk diam tak boleh cakap kuat-kuat. Study untuk exam pun belum pecah rekod lagi duduk library. Kahkahkah. Harap sem akhir ni rekod tak terpecah lagi. 


Nak habiskan thesis ditambah lagi dengan final exam bulan Jun ni, sakit kepala hoi. Stress pun ada. Stress sampai nak sahkan exam pun sampai lupa. Duit melayang kena bayar denda. T.T Pulak tu sem ni takde study week, terus exam je. 

Tinggal sebulan je lagi nak habis belajar, lepas tu nak pergi praktikal pulak. Tempat untuk LI dah dapat, yayyyy! Tak payah serabutkan kepala mana nak pergi untuk LI. Boleh lah fokus kat dua benda je lepas ni, THESIS dan FINAL EXAM. Heee.



Till then.

You May Also Like

2 comments