Emosi seorang perempuan

by - July 11, 2018

Baru hantar adik bongsu sambung belajar kat Johor dalam 2/3 minggu lepas. Dah big boy sangat sebab lagi tinggi dari kaklong dia, dah pergi sambung study, dah pandai berdikari, lepas tu terasa lah diri kita semakin meningkat dewasa. The whole family nak hantar dia sebab dia bongsu (maybe). Hahaha. 

Orang paling emosi sekali dalam family bila dapat tahu adik nak pergi sambung belajar adalah mak. Emotional mak memang tak boleh nak sorok. Tengah borak satu family lepas tu topik adik dah nak pergi Johor keluar je mak dah bergenang air mata. At first rasa macam, alah bukan jauh pun, tapi mak tetap dengan sedih mak. Mak kata nanti sunyi rumah sebab adik dah pergi sambung belajar, along dah kahwin tak duduk dengan mak ayah, Shazwan kerja kat Klang so dia stay sana tapi on weekend balik rumah, Kaklang pun kerja sementara tunggu result UPU awal bulan Ogos ni. Mak rasa sunyi sebab 4 orang anak dia dah dewasa dan sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. 

Sebelum pergi, on the way pergi dan nak balik dari hantar adik pun mak still sedih. Kita bukan kat tempat mak, kita takkan faham apa dia rasa, so kita boleh cakap, "nanti adik balik lah, nanti ayah bawa mak tengok adik ye." Itu je lah yang mampu nak cakap pujuk mak. Ayat ebih kurang sama masa nak pujuk mak dulu tengah sedih sebab anak sulung dah kahwin.

Dulu adik beradik 4 orang rasa dah cukup ramai tapi rupanya tak. Bila semua dah besar ni pandai cakap kat mak ayah 4 orang tu sikit lah, patutnya mak kena ada anak ramai lagi ni. Mak jeling je. Kekeke.


I feel you, mak. 

Before this memang tak faham sangat perasaan sedih mak tu, tapi sekarang dah faham sikit.
Walaupun rumah mak tak jauh macam utara-selatan (dalam 40 minit), tapi bila dah balik rumah mak dan nak balik rumah sendiri mesti rasa sedih. Awal kahwin lagi sedih sampai menangis tiap malam, lepas tu okay dah bahagia dah ada suami, lepas tu sedih tu datang balik. Kegedikan apakah ini? Duduk dengan mak ayah berbeza bila duduk dengan suami. Orang dah kahwin je faham kot. Hahaha. Ke kita sorang je masih emosi nak sedih bila kena balik rumah sendiri sambil bergenang air mata dalam kereta? Feeling dia macam kau dah duduk rumah lama masa cuti sekolah and then kena balik asrama. 

Tu lah perempuan, emosi dia memang tak boleh diramal. Bila-bila masa je dia boleh sedih lepas tu ketawa lepas tu nak marah tak tentu pasal lepas tu bahagia. Hihihi.
Okay dah rindu kat mak sendiri, kena pujuk suami ajak balik rumah mak ni.


Till then.

You May Also Like

0 comments