For future Reference : Wedding

by - August 06, 2018

Before I bertunang dengan Farhan, I dah pasang angan-angan I nak macam mana untuk baju majlis perkahwinan I nanti. Of course, every girl has that perfect plan of what her wedding would be like. Perempuan kan? I plan untuk tidak membazir dan nak yang simple tapi I puas hati.


Kain untuk buat baju melayu dan dress I beli kat Jakel, then baru I bawa ke Wedding Galore untuk tempah. Design baju kita boleh ikut macam mana yang kita nak then nanti one of their staff akan bagi idea untuk cantikkan baju tu. At first I tak tahu Wedding Galore akan bagi veil sekali, but yes I dapat veil cantik. Thank you, Wedding Galore.

I pilih songket untuk nikah sebab nak lain dari yang lain dan mujur Farhan tak kisah, ikut je apa yang buah hati dia ni nak. Hehehe. Sampin lelaki tu I dah imagined before beli kain lagi nak sama dengan dress nikah I. Kan dah kata, I ni banyak berangan tapi berangan tu ikut kemampuan juga lah. 


Baju untuk reception sewa sekali pakej pelamin+baju lelaki dan perempuan+MUA+bunga tangan. Baju ni I pilih yang sedia ada kat butik D'Ella je sebab I tak nak membazir jahit baru and of course harga nanti lain takut terlari dari budget. At first nak color maroon sebab reception belah lelaki dah pilih navy blue. Biasa lah perempuan, bila nampak benda cantik dah rambang mata nak memilih. Nak color maroon tiba-tiba jadi biru (biru lebih muda). Hahaha. So I decide okay takpe lah biru pun sebab dua-dua biru yang berbeza. Baju ni baru siap jahit so I adalah orang pertama pakai.



Handbouquet untuk nikah dan sanding I ambil fresh flower. Actually, bunga tangan ni dah termasuk dalam pakej tapi sebab I minta nak fresh flower so kena tambah harga. Love it.


Nikah dan sanding Kak Asma yang make up and I rasa bertuah dapat Kak Asma as MUA. After siap make up Kak Asma akan tunggu sampai majlis makan beradab. Orang lain pun puji Kak Asma sebab boleh stay untuk touch up make up pengantin. MUA ni sekali pakej ambil dengan Pesona Pengantin D'Ella.


Syafiqah is one of my high school friend. Since high school dia memang kreatif bab seni and that's why tak heran dia ada business henna sekarang ni. Orangnya memang cantik dan sampai sekarang maintain cantik + kurus walaupun dah ada anak tiga orang. Tak rugi ambil henna dengan dia sebab memang lawa dan puas hati.


I requested nak pelamin bawah khemah yang simple tapi cantik dan I sangat berpuas hati dengan hasil pelamin yang diberi. 


Custom Yassin untuk VIP guests sahaja. 

Khemah adalah perkara pertama dan paling awal yang I fikir untuk preparation majlis I. I selalu berangan nak khemah yang transparent bila malam cantik je tengok dan I gigih survey kos untuk khemah tersebut. I ada budget untuk certain part of majlis, so I rasa khemah tu melebihi budget yang ditetapkan dan tidak memenuhi kriteria majlis I, at last I pilih Khaifa Canopy. I sangat berpuas hati dengan service Khaifa Canopy and I cukup bangga dengan pilihan I sendiri sebab semua orang puji khemah cantik. :p

Thepicsxel memenuhi piawai yang I nak dan I rasa berbaloi dengan service yang dia bagi. Semua gambar cantik dan I sangat berpuas hati. Semua gambar kahwin I dari Thepicsxel. Thank you, Afifah.


Untuk majlis I ni, I dah tetapkan certain budget untuk every part of majlis. I tak plan in details tapi bila I kata I nak macam ni then I nak macam ni dengan budget yang sedia ada. I tak pernah menyesal dengan semua decision yang I buat. Bila ada yang bertanya mana I ambil pelamin, photographer dan lain lain, I akan share but I takkan cakap apa yang I ambil semua ni bagus atau pengaruh orang lain untuk pilih yang sama macam I pilih. May be orang lain punya budget lebih besar dan I punya budget kecil je atau sebaliknya. You need to consider several things before you make a big decision. Jangan ikut orang buat macam tu, you pun nak macam tu tapi nanti you yang menyesal.

Till then.

You May Also Like

0 comments