Kolej Matrikulasi Selangor

by - May 29, 2011

Assalamualaikum.


Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kannnn.  I was like, 'menyampahnya dengan minggu orientasi.' -.-'


Yay ! minggu orientasi dah habis. lalala~ at last, aku dapat tidur dengan secukupnya. heeee.
waaaaa, at first datang kms aku terus cakap, "besar gila matrik nih" . bangga kot dapat belajar kat sini. Pulak tu kitaorang second batch. hiks. Alhamdulillah. Before pergi daftar memang dah google pasal KMS. Nak tahu lah besar mana KMS ni kan, menarik sangat ke, seronok ke tempat dia. Aku ni nama je duduk Banting tapi tak pernah nak kisah pasal matriks yang wujud kat area sini. Haha nampak sangat tak ambil kisah sangat pasal sekeliling. 


First day kat sana for sure lah kena buat pendaftaran. Ramai dah yang datang awal pagi even sepatutnya kalau ikutkan orang yang dari selangor daftar pagi and yang datang dari luar dari selangor kena daftar petang. Mungkin jugak ramai yang terlalu teruja kannns :D Alhamdulillah, selesai dengan pantasnya sesi pendaftaran aku di Kolej Matrikulasi Selangor. Kawan 1 bilik pun baik belaka. Ainie, Fatien Syazwani dan Vansathy. Buat masa ni diorang memang takde masalah dengan aku duduk satu bilik selama seminggu.


Hari berikutnya, orientasi pun mula dah. ngaaa. Pagi-pagi pi surau nak solat subuh dan ada kuliah subuh. paling tak tahan muka semua innocent gilosss sebab mengantuk pagi buta kena bangun. huh. Akak fasi rajin sangat tau siap ketuk pintu lagi suruh kitaorang bangun. Benda wajib waktu orientasi kena bangun solat subuh berjemaah kat surau. Dah habis orientasi nanti engko punya suka lah sebab bebas je nak solat kat bilik atau memang kalau rajin pergi solat kat surau hari-hari. Then, pukul 6.45 macam tu kitaorang kena pi astaka sebab nak buat senaman aerobik. heee. itu memang rutin kami kat KMS. pagi dan petang kena pi astaka untuk sesi menguruskan badan. Iye lah kurus kan, aku rasa biasa je sebenarnya. Seminggu aerobik tapi tak kurus mana pun. heh. masa kat astaka ni lah antara moment paling best aku akan ingat bila dah melangkah keluar dari KMS ni, waktu petang je mesti ada aerobik dengan lagu gemuruh. bukan budak KMS lah kalau takde benda wajib ni kann. hehehe. first time ever aku rasa senaman tu menarik. 


meriah tak meriah korang tengok? heeee

Lepas tu pukul 8 pagi ada aktiviti untuk sesi interaksi pulak. before sesi ni ada senam aerobik tu kan, usually memang ada yang tak sempat nak mandi tau sebab tu aku nasihatkan sesiapa yang baru masuk and mengahadapi kekangan masa memang kena redha je. seminggu tak mandi apa ade hal. adat weh adat. LOL. penat tu tak payah cerita lah, memang takkan pernah nak cukup tidur pun. kalau rasa bernasib baik sempat mandi tu memang kira bertuah lah. tshirt KMS yang dapat hanya ada dua je, so nak taknak memang recycle je balik tshirt tu selama seminggu. tak sempat lah nak basuh baju ke hape semua tu, masa ni memang kau rasa 'eee geli ah nak pakai balik' tapi sebab terpaksa nak buat macam mana kan. takkan kau tetiba nak pakai tshirt lain pulak, kau sorang je nanti kena aim dengan akak fasi. malu lah nanti. hahaha.

Masa sesi interaksi ni yang kelakar bila kawan aku, ainie ayop boleh tertidur masa dengar ceramah. wahahaha. adat lah ada aktiviti macam ni kan. masa ni lah kau orang nak kenal course memasing. so far, tak terlalu boring pun tapi kalau kau memang dah penat dengan ngantuknya, boleh tertidur jugak ahh.




masa nih, kitaorang memang selekeh gila. aku dengan ainie gelarkan minggu orientasi kuno. kahkah. sebab kena pakai tudung yg KMS bagi. adeh~ sumpah aku tak berapa nak suka sebab tudung dia susah nak bentuk, dah la muka aku bulat =.=' motif sangat ada tudung sendiri kannn. redha weh redha je masa orientasi k. tudung tu kau kena pakai sepanjang kat KMS tau, maksud aku bila ada perhimpunan kat Dewan Antares je kau kena pakai. kalau bukan sebab kena berhimpun or ada acara ke, tudung ni akan tersimpan elok kat dalam locker. Haha.

ni makanan yangg sentiasa aku bawak ke mana mana. heee. ade gastrik ler. kena lah bawak, kalau tak, aku pengsan plak.

haaa masa orientasi ni jugak kau kena jaga perut dan kesihatan. pleaseee, jangan manja sangat lah kalau sakit perut sikit kau dah mengadu kat fasi lepas tu nak elak duduk bilik sakit je. jangan. patutnya masa ni kau dah boleh tahu apa yang kau kena jaga. kalau rasa tak cukup makan atau tak sempat makan, sila bawa apa jua jenis makanan sampingan yang mengenyangkan. macam aku, selalu letak biskut or roti dalam beg untuk emergency kot tetiba lapar. lepas tu banyak minum air kosong, kalau tak memang kurang tenaga je memanjang.

biasanya waktu orientasi ni kafe akan penuh. sape cepat datang kafe beratur, memang bertuah lah. kalau tak aku pandang kecik besar kecik besar je kafe tu. haha. kafe untuk perempuan ada dua dan lelaki ada satu je kafe. tak payah nak risau pasal makan kalau kat kms ni. cuma perlu keluarkan duit je. koop pun ada kalau nak beli maggi ke air ke or alat tulis. lengkap.

supaya aku tak ngantuk dengar ceramah tuh aku makan mentos yang dibeli kat koop.

wajib bawak air.

eh eh, jom tengok tempat aku beradu. sangat kelakar dan sangat memalukan masa baru seminggu masuk. still kosong takde apa-apa. hiks. tapi lebih kurang macam ni lah rupa bentuk dalam bilik tu.





Seronok kat KMS ni. bangga jugak kot sebab kitaorang second batch so takde lah kerosakan untuk perabot dalam bilik. walaupun katil besi tapi aku tetap lena je tidur. masa ni lantai belum letak tikar getah lagi. well, nak bagi selesa kena bawak lah tikar ke karpet kecik ke untuk selesa duduk dalam bilik. kejap lagi kalau lantai simen je mahu kaki rosak merekah rekah kan. at least ada tikar tu korang boleh baring baring kat bawah atau buat kerja tutorial kalau dah boring duduk kat meja atau makan sesama dengan roomate masa bulan puasa. 

Kelas kat matrik ni memang start pukul 8 pagi and habis paling lewat pukul 5 petang. tu pun tengok lah jadual kelas masing-masing. macam aku, kelas budak akaun ni kadang-kadang macam sempoi sikit dari budak sains. so budak sains selalu jealous dengan kitaorang. moga aku dapat buat yg terbaik. tak nak kecewakan mak dan ayah aku (:

Pakaian pulak untuk perempuan memang pakai baju kurung. So make sure bawak banyak-banyak baju kurung biar senang kau nak pilih. Nak bawak satu almari kat rumah pun takpe. Hahaha. Macam aku dulu dah hujung-hujung sem tu rasa macam dah boring asyik pakai baju yang sama je. Amboi demand. Siap suruh mak buatkan baju kurung baru lagi tau. hihi. Lelaki memang pergi kelas pakai kemeja lengan panjang, itu yang aku nampak sepanjang setahun kat KMS lah.



besar kan surau kms? aku tak sure ni surau atau masjid sebabnya kitaorang panggil Surau As Sufi. tapi memang kebiasaannya budak IKBN pun solat jumaat kat sini. 

Kebiasaannya kalau waktu kelas ada gap sejam kitaorang duduk surau buat tutor atau solat atau study. Tu jenis yang malas nak balik bilik lah sebab aku tak suka balik bilik, nanti aku takut aku nampak katil je aku tidur sampai lupa diri. 

rupa KMS dari atas.

Sebenarnya belajar kat matrik ni takde susah mana. trust me. jangan percaya apa orang kata yang matrik susah lah, untuk orang pandai je la. tak, tu semua auta je. ada je orang dapat 3A spm then boleh survive kat matrik. jangan takut jangan risau. lecturer kat matrik semua baik baik tau even ada yang macam garang sikit tapi bila mengajar sangat tiptop. lecturer tak kedekut ilmu, rajin-rajin lah pergi cubical(bilik tempat lecturer) tanya apa tak faham or nak belajar sendiri sikit sikit dengan lecturer. serius cakap lecturer kat matrik baik baik je :) 

kawan-kawan pun semua okay. boleh jadi geng lagi tau. memang aku cukup bertuah sebab terpilih dan dipilih untuk masuk matrik ni. Alhamdulillah. mengenali kehidupan kat sini lebih dalam dan dalam.



KMS jugak memang terkenal dengan kepanasan tau, tu kena faham. sediakan lah payung ye. haha selamat belajar dan merasai life matriks yang sebenar :)


wasalam. babai korang.

nota kaki : gambar tuh ade yg aku ambik dari laman web kms. hik3.

nota kaki lagi : entry ni telah di edit oleh aku untuk kepuasan diri dan kesenangan orang lain. :)

You May Also Like

13 comments

  1. Waktu mggu orientasi je ek kena pkai tudung tu? Skemanya..):
    pastu kan wajib ke kena ada kasut itam bertutup..sbb saya beli sume kasut bertutup warna lain..

    ReplyDelete
  2. senaman tuh waktu orientasi jew ke...

    ReplyDelete
  3. Ade activities mcm lost treasure ??yg kene lari2...arap2x de la...

    ReplyDelete
  4. wani..aku rindu kms..kau ..dan semuaaaa... T_T

    ReplyDelete
  5. kak, minta izin subscribe blog akak @blog saya. hope tak keash ye http://nabylanizam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Kasit macam mana eh sebenarnya? Ada orang kata kasut hitam bertutup tapi ada yg kata boleh apa apa kaler asalkan bertutup. Tapi memang buku peraturan cakap kasut hitam tapi akak tu cakap pakai yg lain ok je.. ntah. Btw saya dapat kms bagi sesi 15/16

    ReplyDelete
  7. Kasit macam mana eh sebenarnya? Ada orang kata kasut hitam bertutup tapi ada yg kata boleh apa apa kaler asalkan bertutup. Tapi memang buku peraturan cakap kasut hitam tapi akak tu cakap pakai yg lain ok je.. ntah. Btw saya dapat kms bagi sesi 15/16

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk minggu orientasi memang kena pakai kasut hitam bertutup. Start class tu blh dah pakai kasut bertutup warna lain-lain hahaha tahniah sbb dpt KMS. Seronok zaman matrik ni tau.

      Delete
  8. omg i miss this place! kita batch sama!

    ReplyDelete