Dugaan minggu exam

January 05, 2013

Assalamualaikum.


Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Bermadah madah lah sangat kan. ahaks. Sesungguhnya minggu peperiksaan kat ukm ni penuh onak dan duri. pheww. Dengan paper psikologi yang macam hape tah. Erkk. Tersedak kalau dok cite. Tapi gitu lah gamaknya.


Paper psikologi paper pertama untuk final exam kali ni. Hamboi macam dah selalu ber'final' exam ye wanie. hewhew. Semangat berkobar kobar nak masuk dewan periksa. Preparation rasa dah cukup. Mana taknya, siang malam pagi petang sampai waktu nak tidur pun masih sempat selak selak buku. Dah tak pandang benda lain selain buku dan nota psikologi. Sampai wanie sendiri sakit kepala nak muntah hijau dok hadap berdepan dengan tulisan dalam buku tuh. Kalau berwarna warni takpe lah jugak, tapi apakan daya dah nama pun student U. Tak main dah warna warni macam budak darjah 1.


Tersangatlah sakit hati selepas menjawab. Salahkan diri sendiri. T-T

Kau wanie, kalau dah sampai nak muntah termuntah colour merah coklat hijau semua tapi tak boleh jawab pun tak guna jugak tahu. huh. *ketuk kepala sendiri*

Entah mana silap lah kan, wanie rasa paper psikologi untuk soalan objektif tuh payah kemain. Serious tak tipu. Keluar je dewan tarik napas lega. Alhamdulillah habis jugak jawab psiko. Tapi mengeluh pun ye jugak. hahaha. Tah kenapa soalan objektif dia punya lah soalan membunuh. Kira nak pitam jugak ah menjawab. Belum jawab dah stresss, ni dah jawab pun stressss jugokk. alahai.

Okay tinggal pasal psiko yang men'psiko'kan wanie tu. Ni pasal bas. Ye pasal bas hokayyy.


Wanie ni kalau nak pergi fak, tak payah bersusah payah nak ambik flight, tak payah nak berdayung sampan dan tak payah nak menyusahkan mak ayah nak hantar ambik. Wanie jalan kaki je dari kolej sebab fakulti dengan kolej tak lah jauh mana. Jalan kaki 3 minit sampai dah. Siap boleh main kejar kejar lagi. Disebabkan tu jugak lah wanie ni tak ambik tahu menahu langsung tentang penggunaan bas dalam kampus ukm ye. Yelahhh, fak pun dekat, library pun depan kolej je, toksah lah nak naik turun bas sana sini kann. Nampak tak kat situ wanie mula riak? pheww. hihik. Sekarang bila exam kena pergi dewan periksa yang jauh and for sure kena ambik bas.

Nak dijadikan cerita, lepas habis exam tunggu lah bas nak balik kolej. Bas kat ukm ada banyak zon, zon 2, zon 3, U, 6k, 6z and apetah lagi. Wanie dengan kawan ambik je lah bas yang berhenti, dah naik tu tak fikir apa dah kan. Hanya tahu nak balik bilik dan tidur sebab paper psiko menyiko dah habis. ihiks. Tah camne lah kan boleh pulak sampai kat kolej keris mas, abang bawak bas cakap ni tempat terakhir ye. Gila tak gila macam dah tak tentu arah. Kenapa jadi begini dan begitu. Macam mana kitaorang boleh salah naik bas. Huh. Tapi bila fikir balik mana pulak salah naik bas sebab sepatutnya bas U lalu je kolej amin. Haaaa, ambik kau. Tu diaaaa. Duduk kat kolej lain tunggu bas lagi. Eh takpe, itu kan pengalaman.


Apa boleh buat kalau nasib tak menyebelahi wanie lagi. Perkara sama berulang lagi. T-T


Lepas habis paper pembangunan diri hari jumaat ambik bas nak balik kolej. Ni lah kalau orang yang tak nak ambik tahu menahu langsung pasal kegunaan atau perkhidmatan kat ukm kann. Again and again. Tah hape lah malang berbau wangi hentian terakhir kat kolej keris mas. Apekah apekah? What the fish! Dah la masa nak pergi dewan periksa pun 5 bas penuh sampaikan tunggu bas yang tah keberapa baru dapat naik.

Drama lah jugak kan sebab lepas habis paper keluar dewan pulak hujan lebat. Tak bawak payung dan wanie redah je hujan yang selebat lebat alam hokayyy. Basah kuyup tunggu bas. Dapat naik bas tapi bas tak nak pusing balik sebab abang bawak bas suruh tunggu kat kolej keris mas nanti pukul 6 petang bas zon 3 ada. Dia lah kata macam tu. tengok handphone dah pukul 5.50 so kira takpe lah. Muka macam redha tapi paksa rela dah tu namanya.


Bas zon 3 lalu je tanpa berhenti. Kitaorang pandang bas, bas pandang kitaorang. pheww. Gitu je??


Tunggu dekat sejam jugak la, betapa kat bus stop kolej keris mas dengan baju basah kuyup tudung tak rupa tudung dah sebab rasa macam dah jadi tudung saji kat rumah. Stresss. Mata mengantuk, kepala dah rasa nak meletup, tapi tangan tetap pegang handphone main game. Rasa lapar nak beli makanan duit pulak tak bawak.alahai malang malang. Bas rapid kl ke pekan kajang lalu pinjam duit kawan seringgit naik je sebab tak boleh fikir banyak dah asalkan dapat balik kolej. Seringgit tu elok pergi pasar kat kajang petang jumaat tau tapi seringgit semata nak balik kolej.

Sesungguhnya minggu exam sangat memerlukan tahap kesabaran yang maksimum.

Till then see ya.

You Might Also Like

9 comments

  1. pergh. memang dugaan exam tu wanie.
    mncbr fizikal btl
    tabah kan hati.
    nnti dah hbs belajar.
    kenangan manis tu.
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt mencabar kak lyaa. :') aah kann, nanti itu yg kita ingt ble dh keluar u. hee.

      Delete
  2. huhu..drama sungguh wani! kalo kak pun, mcm ada potensi jugak wat lawak skuter cmtu..tak pe wani, pengalamannnnn tu. lpeas ni kena beringat lah bila nak naik bas, kena tanya2 gak kalo tak tahu nk nek yg mn kan. wuuu..kak sndr da lama tak naek bas. tah ape jd kalo kak kt tmpt wani..ade gak yg banjir tepi jalan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tp mmg lah bila ingt balik, tersangat kelakar kan. aah, kena tanye tk blh nak sombong. thanks ingtkn wani kak IM :)nasib wani tak banjir masa kena tuhh.

      Delete
  3. Exam psikologi saja bg susah...sbb die nk tgk pelajr die boleh kwl psikologi x masa jawb exam

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh eh? camtu pulakkk. ok ok. faham. patut ah susah kemain.

      Delete
  4. Good luck exam ye! Bie pun suka belajar psikologi tp yg best masa jawan soalan objektif sebab boleh goreng.. yg objektif byk teori

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum, saya merpkn bks pljr matrik aliran sains sesi 2012/2013.Saya mndpt pointer 3.31 dan adkh saya berpeluang mndpt jurusan psikologi di ukm? Saya sgt memerlukan pdgn akak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. ohh student matrik yg baru hbs ni eh?? hmm. pasal yg ni akak tak berapa tahu. tp insyaAllah blh rasanya.psikolog satu bidang yg berat sikit tp sama mcm kerja sosial. blja teori. kwn akak aliran akaun dan dpt 3.7. dia tak mntk pn psikolgi kat ukm sedangkn dia mntk akaun.tp dia dpt psikologi. mungkin kalau bkn psikologi, adik blh ambik course mcm akak, kerja sosial. sbb psikologi dan kerja sosial di bwh satu program yg sama. cuba dlu and insyaAllah kalau ade rezeki blh dapat. jgn ptus asa.

      Delete