Yay dah habis final exam

by - January 17, 2013

Assalamualaikum semua :)


Cuti semester dah datang. And yes wanie akan balik sabtu ni. Homaii teruja habis.


3 minggu hokay dok menghadap buku nota dan sewaktu dengannya sempena minggu exam. Segala yang wanie dok simpan semuanya dah berjaya dimuntahkan. ohh sangat lega sekarang.

Tak fikir apa sebab semangat nak balik lebih banyak dari semangat nak jawab exam. pheww, itulah lumrah manusia kan. Apa kau tak jealous tengok manusia yang awal-awal dah angkut barang beg besar semua dan kita hanya boleh pandang. Sangat menguji kesabaran lagi bila manusia begitu dok update status, 'last payyyyper', 'esok aku balik kampung', dan yang paling tak boleh blah, ' kemas beg jangan jealous'. Menguji kesabaran tahu dak??


Stress jugak ah bila ada 3 paper berturut masa nak habis exam, dah la paper payah kemain. Kelam kabut tengok nota yang ni tengok buku yang tu sampai tanya 'apa ek yang aku baca?'. haha.


Normally, mulut akan kata lagi best matriks dulu hoi. Nak balik matriks balik hoi. Haaa mulalah masa tu mengeluh itu ini.

Betullah jugak, masa matriks ada budak sains dengan akaun je. Kalau part nak balik mesti wanie yang paling happy sebab roomate student sains so dorang akan buat muka hampa bila tahu budak akaun akan habis paper dulu. kihkih. Sekarang ni haku yang hampa bila tengok kengkawan dah pack barang semua nak balik dulu. ceh.


Haaa sekarang bersenang lenang kat dalam bilik. Actually paper habis hari rabu but wanie tunggu roomate wanie habis paper jumaat ni, maklumlah budak pure sains fizik. Kesian kat dia kena tinggal sorang kann. Nasib lah rumah tak jauh boleh tolong teman, kalau wanie dok utara sana memang dah lama haku larikan diri.

Aktiviti wajib lepas exam, maraton movie ye. Download segala cerita yang wanie nak, tengok sampai muntahh. Saja bagi roomate jealous tengok wanie. kahkah.

Bertambah jealous lah kot bila wanie siap keluar tengok wayang, makan makan, baring sambil baca novel, kemas baju, pastu gelak sorang sorang tengok running man. ihiks.


Well final exam dah habis, so cuti sem dah mula. Yay. iloikeee.

Lepas ni balik rumah besarkan badan lah yee. Ahhh rindu masakan mak, rindu nak borak dengan sabrina, rindu nak makan malam sesama dengan family. Gila semua nak rindu. Bajet memang belajar jauh gamaknya. Heyy, cuti sebulan hokayyy. Seronok seronok. Dah cakap dengan ayah nak pergi zoooo :D


28hb feb baru start new sem but kena daftar kat kolej 18hb. Apakah? doakan jugak wanie dapat stay kat kolej lagi. haha.

Happy holiday untuk wanie.


till then see ya :)


You May Also Like

1 comments

  1. Untung la da habis exam boleh pi tengok wayang kami tengok monyet2 je... Btw cuti nanti kita dating2 ye hee Selamat bercuti wanie :P

    ReplyDelete