Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Anak jati selangor kah saya?

Assalamualaikum and hyeee.



Dari dulu lagi lepas habis sekolah wanie berangan nak jadi anak perantau. Nak kata perantau dalam Malaysia pun tak dapat-dapat ni kan pulak berangan nak jadi perantau ke oversea. Hamboi kauu.


Bak kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan ye dak? Tapi perjalanan wanie masih tetap di sini. Ye di sini di selangor. Alahai. Kecik kecik dulu masa mak nak beranakkan wanie mak beranak kat Hospital Klang je. Ok takpe lah bab tu sebab itu pun nasib baik wanie dapat dilahirkan. Macam mak wanie lah kata, wanie ni keluar bukan ikut pintu tapi ikut tingkap. Paham dak? Tak paham pi tanya mak mak awak. hihik. Syukur wanie syukur. Alhamdulillah. Terima kasih mak!


Dah nama pun duduk kat Banting, sekolah tadika dulu kat situ lah. Stay kat Banting lagi and yes primary school kat Banting juga yee. Masa kecik tak fikir lah apa pun. Mak ayah suruh pergi sekolah, kita pergi lahh. Kata nak jadi anak yang solehah. Tak nak pergi sekolah nanti tak dapat nombor satu tau. Tu ayah wanie yang cakap.


Lepas upsr je, dapat keputusan baik sangat walaupun ada 1 b kat slip keputusan tu. Ohh, pandai jugak wanie masa kecik kecik. *konon konon baru perasan*. Haaa part ni mula lah cikgu ambik tahu, cikgu mula suruh mohon ni, isi borang yang tu, semuanya lahh. Kot dengan result yang cemerlang boleh masuk asrama.


Masa ni lah dah berangan nak duduk asrama and sekolah yang jauh sikit dari family.

Independent lah konon. -.-


Cikgu pernah kata dulu, duduk asrama ni orang pandai tau. Dan haku ni percaya apa yang cikgu kata. Dah berharap sangat masuk asrama dan sekolah lain. Tak nak masuk SMK biasa biasa tuh. Pehhh nampak tak kecik kecik dah berlagak. MasyaAllah. Taubat wanie.

Dapat asrama yayasan selangor, methodist girls school. Nama nak omputih je kau wanie hoi. K dah nama pun ada selangor, sekolah kat selangor jugak lahh. Ok takpe, konon konon balik ke tempat kelahiran. pheww konon je ye wanie. Padahal setahun stay klang and then pindah balik sekolah dekat dengan rumah. 4 tahun sekolah kat Smk bukit changgang sampai dapat keputusan SPM.


Sesungguhnya, masa ni jugak wanie tekad nak keluar dari selangor. Tapi apa nak buat kalau rezeki belajar hanya kat matriks selangor. Homaiii, punah segala angan-angan. At the same time wanie dapat politeknik seberang prai course perbankan islam. But ayah cakap, 'takpe lah dah masuk matriks seminggu dah kan, takyah la nak keluar keluar lagi.'. Kfine ayahh finee. Setahun je wanie, lepas ni kau nak pergi mana-mana sambung degree pun ikut suka kau.*dalam hati*


Bila dah habis matriks, ini lah masanya inilah masanya wanie nak mintak kat mana mana u yang wanie nak. Bukan dengar apa orang cakap tapi ikut kerelaan hati dan jiwa.


Ada lah yang kata kalau letak unimas pilihan terakhir insyaAllah boleh dapat. Wanie pun memang teringin nak keluar dari selangor dan sampai ke sarawak wanie nak pergi. Haaa berangan banyak banyak wanie hoi. Tapi bila last minute tetiba ayah nak tengok borang upu wanie, wanie dah cuak. Cuak lah hoi sebab ayah dah pesan mintak yang dekat dekat je. K bagi lah ayah tengok and bila ayah nampak je unimas terus ayah suruh tukar. Alahai, apekah apekah. Dengan paksa rela tukar kepada uthm pulak. haaa yang uthm tu wanie main letak je sebab dah takde hati nak pilih lagi. T-T



Tup tup dapat dekat. Ye dekat sangat. Ukm bangi. Masa ni suka sangat sebab memang ayah nak wanie study kat ukm dari wanie kecik lagi. Memanglah doa mak ayah ni makbul, benda yang wanie tak sangka pun wanie dapat. Result wanie biasa je dapat RU pulak tuh. Bangga jugak lah tapi angan angan nak study luar dari selangor dah hancur lebur macam ais. Redha. Apalah sangat kan kalau itu yang buat mak ayah kita happy senyum lebar lebar. haha. Bak kata mak, nanti nak makan apa je call and suruh ayah hantar. Bukannya jauh. Touching hoi mak ayah sanggup buat camtu. Terharu gilaaa.

Pengorbanan mak ayah tu yang penting. Balas jasa mereka, buat perkara yang menggembirakan mereka. Susah payah mereka mendidik dan membesarkan kita sejak kita dalam perut ibu mengandung lagi. Bersyukur lahh. Untuk diri wanie jugak.


And now memang wanie adalah anak jati selangor :) proud with that.

Klang banting klang banting banting bangi. Lepas ni ke mana pulak? kehkeh.

No matter what will happen in future even orang akan cakap, eh kau ni langsung tak reti keluar dari selangor asyik dok bawak ketiak mak ayah je. I dont mind. People will say whatever they want and us? just ignore, smile and smile. Aku ni tak lah desperate sangat nak keluar selangor. haha.


#Nanti nak kahwin pun dapat orang selangor lahh, doa mak ayah jugak sekarang ni.

till then.

16 comments:

  1. Saya pun anak jati selangor ! Kah kah kah cop yang part kahwin tu..wuuu da confirm da si pakcik pelapes haha. Tahniah tahniah tahniah hikhik :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane kau tahu cnfirm dgn dia? amboi kau kinggg. eh. bukn kau dh jadi org utara ke. kihkih

      Delete
    2. Memang da confirm punnn kannn hahaha :P Walaupun aku belajaq kat utara tapi aku still setia keapda SELANGOR tempat tumpah darah ku HAHAHA :D

      Delete
  2. tak pe.. ada rezeki bole round satu dunia..InShaaAllah :)

    ReplyDelete
  3. wah wah..mmg area slangor je lah wani ni? ala takpe, nnt da keje..da ade duet..bleh lah g melancong kt memn wani nk..kira tgk tmpt lain jgak tu..stay kt memn pn both ade advantages n disadvantages..kita fokus part yg elok2 je lah kan? tol tak? Allah ada rancangan baik untuk kita smua..dont worry wani :)

    ReplyDelete
  4. hahah. tu lah tggu wani dah keje and then oegi melancing jauh jauh. jeles kat kak IM jugak sbb dh pi blaja jauhh T-T hee. thank you akak.

    ReplyDelete
  5. i have a friend. he really hard fan of selangor..dye pon duk banting.. :) .. btw..we have same name..ahaksss..but im known as combi..nice to know u ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. comel. :) noce to know you too combi.

      Delete
  6. aku ank jati selangor..hehe..cume lahir kt pahang

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahir kat pahang tak jati lah ckgu afiq :D

      Delete
  7. tp..nt cari keja ka tluar selangor..KL plak ke..heheheh..

    ReplyDelete
  8. chop bakal laki org selangor jugak la
    hehehehe

    ReplyDelete