Kerinduan seorang ibu

March 19, 2013

Assalamualaikum.


Dah hampir tiga minggu tak balik rumah. Walaupun jarak rumah dengan ukm bukan lah macam jarak dari selangor ke kedah, tapi disebabkan kerja meeting program semua, tak dapat nak balik.


Cikgu wanie pernah kata,

Call mak ayah kita tiap hari, jangan tahu nak call boyfriend/girlfriend je.

And itu lah yang wanie buat bila wanie kat sini dan mereka kat sana.
Call tiap hari walaupun hanya untuk 2 minit. Tapi biasanya memang lebih 2 minit sampai kredit habis. ahaks.
Tanya sihat ke tak, dah makan ke belum dan lain lain soalan tambahan.

Wanie anak sulung, tak pernah jauh dari mak ayah. =.='
So for sure bila 2/3 minggu tak balik rumah, terasa macam sebulan je kan.


Pernah satu hari wanie call mak, wanie tanya mak.

'Mak rindu wanie eh? Asyik tanya bila nak balik je.'

'Bila ada kat rumah, asyik nak gaduh dengan kau. Bila takde ni rasa rindu lah pulak.'


Terharu bila mak cakap macam tu.
Nak nangis tapi relaks lagi.
Kadang kadang wanie terfikir, ni baru tengah belajar. Macam mana nanti dah kahwin ada suami duduk sendiri. Mesti mak lagi rindu. :')


Berdoa bila kita rindukan seseorang. Tak kira siapa pun orang tuh.
Till then.


You Might Also Like

0 comments